Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Mula-Mula Gambar Burung, Kini Video 'Cap Melan' Pula... Kiah Propa Berang Asyik Diganggu Individu Gila Seks

Kamaruddin Razal 19/06/2020 | 04:27 MYT

Dek kerana masih diganggu oleh individu gila seks, personaliti televisyen, Kiah Propa tampil membuat laporan polis sekali lagi di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

Jika sebelum ini, Kiah atau nama sebenarnya, Siti Rohkhaida Abdul Kalil disajikan dengan foto 'burung', individu terbabit sekali lagi mengganggunya dengan menghantar video onani.

BACA: "Tak Lalu Hari-Hari Tengok Gambar 'Burung'" - Kiah Propa Buat Laporan Polis Individu Gila Seks

Kiah mendedahkan perkara terbabit di salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik menerusi Instagram TV (IGTV) miliknya.

DIK!!!AKU BAGI MUKA KO TAK PAHAM AKU TOLAK ANSUR LAGI AKU TAK NAK LAYAN TAPI KAU MAJU SETAPAK LAGI YA MACAM MACAM VIDEO MELANCAP PUNAI KO GAMBAR PUNAI KO VIDEO CALL AKU WASAP AKU EHHH BAGI AKU KO DA MELAMPAU BAIKKKKK KALAU KAU DEGIL TUNGGU YA BALASANNYA!!! AKU KESIANNN TAU ANAK MUDA ROSAK AKHLAL MACAM NI ROSAK AKIDAH KESIAN MAK BAPAK TAU DORANG SAH TAK TAU KO DUDUK DALAM BILIK MANDI MELANCAP KAN!!! ??? AKU BLOK DAH KO BUAT BAPER KALI AKU BLOK KO WAT G #pdrm #porno #gilaseks

A post shared by KIAHPROPA - ROCK - (@kiahpropa79) on

"Kiah Propa dah bosan dengan laporan polis. Aku dah buat dua kali. Hari ni dia bagi lagi.

"Aku ni bagi muka kat kau, dik. Kau dah bagi aku gambar burung kasawari, burung kelicap madu, burung gagak, burung punai.

"P*nai kau pun kau dah tunjuk dekat aku. Sekarang ni kau bagi aku video 'cap melan'.

"Hari ni aku takkan bagi muka. Aku dah fed up. Kalau dah foto, video, kata-kata lucah yang sentiasa memprovokasi aku untuk 'stim' sama-sama dengan kamu, memang tak, dik," luah Kiah.

Dalam pada itu, bekas pengacara program hiburan Galaksi TV9 ini juga turut diganggu dengan panggilan video.

"Sekarang dengan video call, kau memang maju setapak dik. Guna akal dik. Memang kau jiwa kacau.

"Kau jangan macam-macam dik. Aku memang nak jumpa kau. Kalau aku dapat jumpa kau, memang kau kena. Banyak kali dah dik.

"Banyak kali dah dik. Agak-agaklah dik. Apa 'cap melan'? Kau ingat aku 'stim'? Sakit! Jangan sakit terlebih-lebih sangat.

"Gila seks kau tu ubah sikit dik. Kesian mak bapa, ingat Allah swt. Fikir-fikirlah sikit apa kau buat. Kau buat dengan Kiah Propa pula," katanya lagi.

Pada Ahad lalu, Kiah membuat laporan polis terhadap individu yang sering menghantar gambar kemaluan kepadanya.

Jelas Kiah, individu berkenaan sentiasa mengganggunya biarpun telah berkali-kali disekat.

#gila seks #Kiah Propa
;