Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Mula-Mula Pakai Panas, Berkuap, Terasa Peluh Mengalir Tapi…”- Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Pakai Jubah

Syafiqah Jalal 07/11/2019 | 23:00 MYT
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah berasa tidak selesa ketika mula-mula menutup aurat penuh dengan memakai jubah.
Namun Noorkhirah berkata dia tetap terus dengan imej berkenaan kerana merasakan diri seperti dilindungi dan selamat dengan pemakaian tersebut.
"Mula-mula pakai begini panas dik oii.. Berkuap.. Terasa peluh mengalir je tapi dalam pada masa yang sama rasa macam dilindungi.
"Pakailah macam mana cara nak pakai pun asalkan tutup apa yang wajib... Akak dulu macam sebelah tu gak.. Tapi Alhamdulillah last-last terasa nak berkelubung.
“Selain dari memudahkan bila kat mana saja tapi belum baik mana pun.. Masih lompong sana sini... Masuk air lagi kepala ni.
"Cuma bila dah berkelubung macam ini rasa nak buat nakal tu berfikir 10, 11 kali,” tulisnya.
Bintang All Stars Buka Panggung itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Noorkhiriah berkongsi fotonya dengan busana jubah.
Noorkhiriah juga berharap wanita-wanita Islam lain turut berjaya mengikut cuba berpakaian mengikut tuntutan-Nya.
“Akak doakan semua wanita-wanita yang cantik manis saudara seislam.. Berjaya dengan perintah Dia..
"Jika akak terlupa tolong ingatkan cuma cara biarlah berbahasa kitakan bersaudara,” katanya lagi.
Entri tersebut turut memberikan inspirasi dari pengikutnya yang cuba berubah ke arah kebaikan.

Mmula pakai gini panaih dik oii..berkuwap..terasa peluh ngalir je tp dlm pada masa yg sama rasa mcm dilindungi..pakailah cmne cara nak pakai pun asalkan tutup apa yg wajib..akak dlu mcm sebelah tu gak..tp Alhamdulillah last2 terasa nak berkelubung..selain dari memudahkan bila kt mana saja tp lom baik mana pun..masih lompong sana sini..masuk ayor lagi pala ni?cuma bila dah berkelubung cmni rasa nak wat #noty tu pk 10,11 kali..akak doakan semua wanita2 yg cantik manis saudara seislam..berjaya dengan perintah Dia..jika akak terlupa tolong ingatkan cuma cara biarlah berbahasa kitakan bersaudara..Salam Asar @do_buy_abaya

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

#pelakon #Tudung #Hijab #Pelakon #Hijrah #noorkhiriah
;