Berita
Mulan Jameela Rai Hari Lahir Anak Tanpa Ahmad Dhani
Penyanyi Mulan Jameela tetap menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Shafeea Ahmad walaupun tanpa pemuzik ternama Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram, Mulan berkongsi gambar sambutan ulang tahun kelahiran yang diadakan bersama rakan-rakan anaknya di sekolah.
"BarakAllah fii umrik Shafeea Ahmad," tulisnya ringkas.
Perkongsian yang dilakukan oleh Mulan mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberi ucapan ulang tahun kelahiran pada anaknya serta berharap mereka tabah menyambut hari bermakna tanpa Ahmad Dhani.
Pada 28 Januari lalu, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani.
Seniman itu dijatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.