Laman Utama

Mulan Jameela Teruja Bertemu Fazura Selepas 6 Tahun - “Jumpa Dalam Keadaan Berbeza, Makin Cantik..”

gempak
Azwa Rahman
31/05/2022
07:06 MYT
Sponsor Banner
Mulan Jameela Teruja Bertemu Fazura Selepas 6 Tahun - “Jumpa Dalam Keadaan Berbeza, Makin Cantik..”
Selebriti Indonesia Mulan Jameela meluahkan rasa bertuahnya apabila dapat bertentang mata dengan pelakon terkenal Malaysia, Nur Fazura setelah tidak bertemu selama enam tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Mulan atau nama sebenarnya Raden Wulansari, 43, berkongsi momen bertemu dengan pelakon Kami Histeria itu di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah setelah 6 tahun tak ketemu, akhirnya bisa berjumpa dalam keadaan yang berbeza ya sis Fazura. Makin cantik dengan hijab brand Fazura yang meletup di Malaysia,” tulis Mulan.
Istimewanya lagi, Fazura turut menghadiahkan beberapa helai tudung jenamanya buat bekas anggota kumpulan Ratu itu.
“Aku beruntung dapat hadiah hijab, aku suka! Nanti aku review hijabnya ya cantik. Semoga selalu berlimpah kebaikan dari Allah SWT, amin,” ujarnya lagi.
Kedua-dua penyanyi yang kini sudah berhijab itu dilihat berpelukan mesra di dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik.
Malah, Fazura turut sama mengulang siar hantaran video tersebut di laman Instagramnya.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan puji-pujian untuk kedua-dua selebriti ini.
“Masyallah, dua-duanya cantik sangat,” komen seorang wargamaya.
“Both cantik. Dulu minat sangat dengan lagu Mulan Jameela,” ujar seorang wargamaya.
“Macam adik-beradik la pulak,” tulis seorang wargamaya.
“Dua-dua cantik, dua-dua comel,” kata seorang wargamaya.
“Wahh Mulan awet muda sangat,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada warga Instagram.
Sekadar info, penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi itu terjun ke kancah politik pada April 2019 untuk bertanding Dewan Perwakilan Rakyat daerah Kabupaten Garut dan Tasikmalaya di Jawa Barat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024