Pelakon Elfira Loy bengang dengan komen yang mendakwa dirinya terdesak untuk mempunyai teman lelaki.

Perkara itu berlaku apabila Elfira memuat naik foto terbarunya bersama penyanyi Sufian Suhaimi di akaun Instagram (IG) semalam.

Foto tersebut memperlihatkan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih ketika sedang menaiki helikopter.

Difahamkan Elfira membawa Sufian menaiki helikopter sebagai hadiah kejutan sempena hari jadi penyanyi tersebut.

Kemarahan Elfira mula tercetus apabila seorang wanita menggunakan id @liyanaabakri telah meninggalkan dua komen yang agak biadap kepada aktres tersebut.



Elfira yang bengang dengan dakwaan itu kemudiannya membalas kenyataan tersebut.


Sementara itu, komen yang diberikan oleh Elfira telah mendapat perhatian peminat sehingga mencetuskan ‘peperangan’ diruangan komen foto tersebut.

Rata-ratanya memarahi dan menasihati Liyana supaya tidak bersikap biadap dan menjaga setiap barisan ayat yang ingin ditulis supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Tidak kurang juga ada yang melabelkan tindakan Liyana itu disengajakan kerana inginkan publisiti murahan di laman sosial.