“Mulut Tu Sama” - Lakar Gambar DSV, Netizen Tak Sangka Cik B Ada Bakat Melukis
Azwa Rahman
23/10/2019 16:43 MYT
23/10/2019 16:43 MYT
Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B mempamerkan bakat melukis menerusi satu lakaran wajah ibunya.
Menerusi laman sosial Instagram, DSV memuat naik foto lukisan terbabir untuk tatapan wargamaya.
“Lama tak dapat lukisan gini. Ni hasil lukisan Cik B,” tulis DSV sebagai kapsyen.
Lukisan hitam putih yang dilakar jelas menunjukkan tanda pengenalan DSV iaitu tiara di kepala, dua jari di mulut serta bibir yang mungil.
Malah turut tertera nama ‘Datuk Seri Vida’ di sebelah lakaran berkenaan.
Di laman Instagram Cik B, pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin turut memuat naik sekeping foto karikatur DSV dengan tanda ingatan hari jadi ibunya ke-48 yang disambut hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji lukisan Cik B dan tidak sangka remaja yang berkarakter santai itu sebenarnya ada bakat melukis.
“Berbakat Cik B,” puji seorang netizen.
“Sama sangat macam mama!” kata seorang netizen.
“Jari tu cutenya!” ujar seorang netizen.
“Pandainya Cik B lukis!” komen seorang netizen.
“Mulut tu sama sangat macam mamq,” kata seorang netizen berseloroh.
Bukan sahaja pandai melukis dan meminati muzik K-pop, Cik B juga berkebolehan bergelar model apabila tampil sebagai penghias muka depan majalah Remaja edisi Oktober, November dan Disember.