Pelakon dan pengacara, Didie Alias tidak dapat menahan rasa lucu apabila melihat anak bongsunya, Muhammad Dayyan Norisham, 7, yang meraung melihat lakonannya dalam drama Tanah Kubur.

Didie, 46, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata, Dayyan yang ketika itu sedang menikmati makanan terus berhenti dan menangis.

“Dia tengok Tanah Kubur, dia menangis tengok mak dia kena bunuh, macam mana?

“Dik (Dayyan) itu drama je, ini mummy kat depan adik ni haa… I’m here, I’m here…

“Mummy berlakon je dalam Tanah Kubur. Mummy belum mati lagi,” katanya.

Didie berkongsi momen lucu itu menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi video itu menyaksikan Dayyan sedang menangis teresak-esak sambil menonton babak Didie sedang menanggung kesakitan sebelum tiba ajalnya.

Rata-rata rakan artis serta pengikutnya turut terhibur melihat aksi Dayyan yang begitu menghayati lakonan ibunya dan tidak kurang juga yang tersentuh dengan reaksi anak Didie itu.

Dayyan merupakan anak hasil perkahwinan kedua Didie bersama Norisham Ismail. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)