Hiburan
“Mummy Pulak Emo...”- Nana Mahazan Kongsi Ragam Anak Mula Tidur Sendiri
Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan berkongsi ragam anak keduanya, Aaqib Raqeem Brian ketika pertama kali tidur berseorangan.
Nana berkongsi momen tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Nana, sebagai ibu dia berada sedikit emosi apabila anaknya kini sudar besar.
“My happiness... Putting them to sleep (tapi bila 8 kali soh tido, tak tido, kena pekik jugak. Hahahaha
“Aaqib’s first time tido on his new bed. So he’s lil bit emotional (scared).
“Dulu yang bunk bed tu dia punya katil besar, so mummy will tido with him first, but now tido sendiri okay... Mummy pulak emo, i love you both Althea & Aaqib,” tulisnya
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut juga berkongsi pengalaman yang sama seperti Nana.
Terdahulu, Terdahulu, Nana telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Althea dan Aaqib.
Must-Watch Video