gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Muncul Dah Sindiket Jual Pakej Vaksin! Warga Asing RM800, Tempatan Pula…

Hanafis Haris
Hanafis Haris
17/06/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
Muncul Dah Sindiket Jual Pakej Vaksin! Warga Asing RM800, Tempatan Pula…

Seperti yang dijangka, pastinya isu penjualan vaksin Covid-19 secara haram bakal berlaku.

Ini kerana vaksin Covid-19 kini menjadi ‘barang’ paling dikehendaki memandangkan semua sudah serik dengan situasi pandemik.

Difahamkan, tawaran pakej vaksin Covid-19 ini dipromosikan secara dalam talian dan panggilan telefon.

Pakej yang ditawarkan adalah RM450 dan RM800!

Perkara didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Kamarudin Md Din.

Menurut Kamaraudin, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin.

"Hasil maklumat diperolehi, kami menahan kedua-dua suspek berkenaan di Selangor dan mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin melalui Facebook dan panggilan telefon," katanya.

Jelasnya, pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinansi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah.

“Mana-mana pembeli yang berminat untuk mendaftar melalui mereka akan diletakkan dalam senarai menunggu. Pembayaran hanya perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan.

"Suspek mendakwa kira-kira 30 sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinansi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penipuan penjualan vaksin Covid-19 kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan di Facebook JSJK.

Topic Berkaitan
#Polis
#Vaksin
#Sindiket
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement