Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Muncul Kluster Baru Menyusahkan Orang Juga!" - Michael Ang Berang Lihat Ramai Berkerumun Luar Mahkamah

Asraf Aided 28/07/2020 | 05:24 MYT
Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa bengang melihat situasi orang ramai yang berkerumun di luar mahkamah ketika perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Menurut Michael, kerisauan utamanya bukan pada keputusan perbicaraan, namun khuatir akan risiko penularan COVID-19 di negara kita.
"Salam semua, sejujurnya saya tak ambil pot pasal Pak Najib ni, tapi apa yang saya kisah pasal gambar ni, kita masih berhadapan krisis COVID-19, kerajaan dah cakap kalau kes meningkat, PKP akan dilaksanakan balik," tulisnya di Instagram.
Dalam entri sama, Michael turut berkongsi beberapa foto memaparkan situasi orang ramai berkerumun di luar mahkamah.
Michael juga berpendapat, pihak kerajaan dan polis harus bersedia lebih awal untuk berhadapan keadaan sebegitu.
"Kerajaan dan polis pun satu, dah tahu mesti banyak orang akan muncul sepatutnya awal-awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada di mahkamah dan berhimpun macam ni.
"Kalau muncul kluster baru menyusahkan kita orang juga, mana otak semua orang ni!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dan bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Michael.

Salam semua. Sejujur nya I dah tak ambik pot pasal kes Pak Najib ni. Duit pun dah lesap, masuk Atau tak jail pun mcm ada aku kesah. Tapi apa yg aku kesah gambar2 ni. Kita masih facing covid, gov dah Cakap kalau kes naik MCO akan ada balik. Govt n polis pun satu dah tahu mesti banyak org akan muncul sepatutnya awal awal dah buat peraturan yg org awam tak boleh berada kat mahkamah n berhimpun mcm ni! Apooooo la!!!! Kalau cluster baru muncul menyusahkan kita org jugak! Mana mana mana otak semua org ni! Luv u all n stay safe

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Hasil perbicaraan kes, Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalah kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, masih ada enam lagi pertuduhan membabitkan beliau.
BACA : Najib Bersalah Atas Semua Pertuduhan Salah Guna Kuasa, Seleweng RM42 Juta Dana SRC International
#Michael Ang #Najib #COVID-19
;