Muncul Sebagai Penghias Majalah, Peminat Puji Penampilan Azwan Ali
“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini.
“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.
“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.
“Kebanyakan siaran langsung atau program yang kononnya berprestij cenderung mengutip semua bintang yang tidak memiliki kepakaran untuk menjadi pengacara. Mereka diangkat bersandarkan populariti dan faktor rupa semata-mata.
“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,” katanya kepada Pepatung.