Munculnya Blog Murtad Bangga Keluar Islam, PU Syed Mahu Tindakan Tegas Diambil Sebelum…
13/09/2021 12:19 MYT
Pendedahan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mengenai sebuah blog yang secara terbuka bercerita mengenai pengalaman meninggalkan agama Islam ternyata mengejutkan ramai pihak.
Menerusi perkongsian di Instagram PU Syed itu, blogger tersebut menyatakan dia adalah seorang bekas muslim sekitar tahun 2013.
Menurut blogger itu lagi, dia mahu memberi kesedaran bahawa Islam itu hanyalah rekaan sekumpulan manusia.
Berang dengan tindakan tersebut, PU Syed kemudian meminta supaya pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan.
“Blogger ini perlu dicari sebelum lebih teruk kerosakkan dibawanya.
“Mohon @myjakim @skmm_mcmc @pdrmsia_official memberi perhatian kepada isu ini,” katanya.
Jelasnya, perbuatan murtad dan cuba mengajak orang lain untuk murtad bersamanya adalah satu perkara yang tak boleh dibiarkan.
“Ambe tengok dia ni aktif sejak tahun 2016 lagi.
“Adakah dia masih di Malaysia atau pendakyah yang dicipta untuk merosakkan akidah umat Melayu Islam. Kena siasat,” katanya,
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mahu tindakan dan hukuman paling berat diambil terhadap penulis blog tersebut.
Tidak kurang juga berpendapat ia berkemungkinan rancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan agama Islam.
Anda boleh lihat posting berkenaan.