Munculnya Hero Sebenar Menyelamatkan Bumi! Ultraman Taiga The Movie Kini Di Astro First!

Hanafis Haris
Januari 22, 2021 14:45 MYT

Berita baik buat peminat adiwira Ultraman, filem terbaru mereka Ultraman Taiga The Movie telah pun ditayangkan di Astro First.

Ketika orang ramai khususnya kanak-kanak sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sudah tentunya filem sebegini amat dinanti-nantikan. Layan filem di rumah saja!

Sehubungan itu, ini antara fakta menarik anda perlu tahu tentang filem baru ini.

#1 Adaptasi Daripada Drama Siri

Buat peminat setia ultraman, pastinya mengetahui yang flem ini diadaptasi daripada drama siri Ultraman Taiga.

Drama tersebut diterbitkan pada tahun 2019.

#2 Tangguh Gara-Gara Pandemik

Untuk pengetahuan, sebenarnya filem ini dirancang untuk ditayangkan pada Mac 2020 di Jepun, namun ia terpaksa ditanggungkan gara-gara pandemiik COVID-19.

Jadi buat yang bakal menonton Ultraman Taiga The Movie, anda antara penonton yang terawal!

#3 Tiga Ultraman Kesemuanya!

Jangan tak tahu, anggota E.G.I.S. Hiroyuki Kudo memiliki kemampuan untuk berubah menjadi tiga anggota Tri-Squad iaitu Ultramen Taiga, Titas dan Fuma.

Namun, Hiroyuki telah menjadi sasaran lawan yang tidak dikenali, memaksa anggota Pahlawan Generasi Baru yang lain muncul satu demi satu dan bersama-sama menentang pihak musuh!

#4 Kemunculan Bapa Taiga

Apa yang lebih menarik, ayah ayah Taiga,iaitu Ultraman Taro, telah datang ke Bumi tetapi menyerang anaknya sendiri dalam keadaan misteri.

Apa punca Taro bertindak sedemikian, anda kena tonton filem Ultraman Taiga The Movie!

Filem ini telah ditayangkan menerusi Astro First (CH480) dan On Demand di PVR Box atau Ultra Box yang disambungkan ke Wi-Fi dan aplikasi Astro GO.

Anda boleh boleh menonton filem bermula 21 Januari ini dengan harga RM15.

Untuk maklumat lanjut layari https://content.astro.com.my/.

#AstroFirst #AstroGo #OnDemand #TurnOnBlockbustersAtHome #UltraBox #UltramanTaiga