Laman Utama
“Mungkin Ada Yang Ingat Hubungan Saya & Isteri Sempurna”- Dr. Say Dedah Bergaduh Satu Kewajipan
Pempengaruh media sosial dan juga seorang doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan rumah tangganya tidak sempurna seperti yang dibayangkan.
Kata Dr. Say dia dan isteri Dr. Azura Abas turut tidak terlepas daripada terlibat dalam perkelahian di dalam perkahwinannya
“Mungkin ada yang ingat hubungan saya dan isteri sempurna, indah belaka tak ada perselisihan, bahagia selalu.
“Izinkan saya tekankan, perkelahian dalam perkahwinan itu satu kewajipan. Tambahan lagi, baru sahaja kelahi.
“Tapi mujur bini saya jenis ‘persistent’, dia tahu saya jenis ‘tak cakap mulut’ maka dia WhatsApp saya, buat segala luahan hati,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian sama, pengacara Tanya Doktor itu juga menasihati pasangan bercinta agar kenal hati budi pasangan masing-masing sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga.
“Ada yang takut nak kahwin, takut dapat pasangan yang tak sepadan. Namun, perkahwinan umpama kerjaya atau perniagaan yang akan dilanda ketidaktentuan, turun naik.
“Apa yang boleh anda lakukan adalah lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan tanya orang yang lebih arif dalam bidang atau perniagaan tertentu.
“Sama macam perkahwinan, kalau boleh kenal isi hati, budi pekerti teman lelaki atau wanita dan reaksi teman lelaki atau wanita masa dia marah,” kongsinya lagi.
Dr. Say dan Azura diijabkabulkan pada Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.