Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Mungkin Ini Teguran Kepada Saya Untuk Lebih Hati-Hati" - Aliff Aziz Ulas Video Viral Peluk Intan Najuwa

Amri Hassan
19/07/2022 02:58 MYT
Pelakon drama Jodohku Babysitter, Aliff Aziz tampil mengulas mengenai penularan klip video yang memaparkan aksinya berpeluk dengan pelakon Intan Najuwa baru-baru ini.

Jelas Aliff menerusi sesi siaran langsung Instagram pada Sabtu, dia menerima komen dengan hati yang terbuka.

"Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.

"Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak.

"Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya.

"Saya hargai sangat. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah," ujarnya.

Biarpun berdepan dengan pelbagai tohmahan antaranya digelar penunggang agama, Aliff tenang dan tidak mudah melatah.

"Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.

"Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza.

"Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit," tambahnya.

Terdahulu, tular sepotong klip video menyaksikan Aliff dan Intan berpeluk dalam salah satu adegan ketika menjalani penggambaran di Genting Highlands minggu lalu.

Intan bagaimanapun telah tampil menjawab komen-komen nakal netizen dan menegaskan ia sebahagian daripada babak drama Jodohku Babysitter yang sedang ditayangkan ketika ini.

Jodohku Babysitter ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Julai 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

#Viral #Aliff Aziz #Peluk #Video #Intan Najuwa #maaf #Genting Highlands #Jodohku Babysitter
;