Hiburan
"Mungkin Kami Salah, Kami Minta Maaf" - Muzik Video Dapat Bantahan NGO, Aina Abdul Mohon Maaf
Penyanyi Aina Abdul dan pengurusannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kontroversi muzik video lagu Sumpah yang didakwa memberi gambaran buruk kepada pesakit skizophrenia.
Kata Aina, dia sama sekali tidak menyangka penceritaan dalam muzik videonya itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
"Terlebih dahulu, dari pihak Aina Abdul, team management dan produksi MV the Malaya TV ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
"Aina dan the Malaya TV produksi bekerjasama dalam penceritaan muzik video Sumpah dari segi idea dan konsep.
"Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf dan ampun jika penceritaan muzik video Sumpa memberi impak buruk kepada yang melihatnya dan jika penggunaan maksuk Skizophrenia adalah salah dalam MV ini.
"Diharapkan pada bulan yang mulia ini anda semua dapat memaafkan kami dan berharap kita semua dirahmati oleh Yang Maha Esa," tulisnya menerusi entri terbaharu Instagram.
Jelas Aina lagi, pihaknya terlebih dahulu membuat kaji selidik dan mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan tentang penyakit terbabit sebelum menjalankan penggambaran.
"Dalam MV ini tiada sekali bermaksud kepada seseorang yang masih hidup atau dah mati tetapi sebuah penceritaan dari The Malaya TV duduk sama berbincang dan bertanya kepada rakan perubatan kami Dr. Kamarul untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini.
"Kami juga mengkaji lebih mendalam mengenai penyakit mental ini, secara jujur ini pertama kali dengar mengenai penyakit ini dan menyebabkan kami serius mengkaji lebih dalam dengan search beberapa portal perubatan," tambahnya.
Lagu Sumpah menceritakan penyesalan seseorang yang terpaksa meninggalkan kekasih kerana penyakit terbabit.
Matlamat Aina ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang rawatan awal kepada pesakit Skizophrenia.
Muzik video yang dimuat naik pada 26 Mac 2019 di laman YouTube itu sebelum ini dikecam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Miasa baru-baru ini.
Miasa ditubuhkan pada September tahun lalu bagi mempromosikan kepentingan kesihatan mental dalam menyediakan sokongan kepada pesakit dan penjagaan melalui pelbagai inisiatif.
Peserta Mentor Legend 2014 itu telah melancarkan single dan muzik video lagu Sumpah pada 27 Mac lalu.
Must-Watch Video