Penyanyi rap MK K-Clique akui teruja menceburi bidang lakonan selepas menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Menurut MK peluang meluaskan cabang seninya itu merupakan pengalaman baru yang menarik minatnya.

“Ya saya ada berlakon baru-baru ini. Saya rasa sebagai penyanyi kami pun dah biasa beraksi depan kamera dan berlakon dalam muzik video (MV). Ini adalah kelebihan kami sebagai seorang penyanyi.

“Sebagai penyanyi juga kami sudah biasa bawa emosi dan watak berbeza-beza mengikut lagu yang dinyanyikan.

“Lakonan merupakan satu penglaman baru yang saya sangat suka. Lakonan lebih bergantung kepada skrip.

“Saya baru belajar banyak benda baru dalam lakonan, jadi jangan expect lebih mungkin juga ia akan jadi agak ‘kayu’” katanya kepada Astro Gempak.

MK berkongsi pengalaman berlakon tersebut ketika sidang media maya lagu baharunya berjudul Veto, baru-baru ini.

Veto turut menampilkan penyanyi dan rapper lain seperti Tuju, Loca B dan DJ Cza.

Mengulas mengenai lagu yang dirakamkan ketika setahun yang lalu, MK memberitahu Veto bermaksud kuasa dalam landasan seni.

Veto pada saya bermaksud semangat dengan jalan yang kami pilih. Kami berkarya dalam muzik ini dari pada kosong sehingga kini menjadi sebati dalam hidup kami.

“Dalam landasan (seni) ini kami perlu berkuasa bagi mendapatkan masa depan yang lebih cerah,” jelasnya.

Veto kini boleh didengari dan didapati menerusi semua platform pengstriman muzik seperti Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.