Hiburan
"Mungkin Masa Tu Memang Muka Saya Mintak Kena Maki .." - Tidak Berdendam, Ezad Lazim Maafkan Peminat
Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan telah menerima permohonan maaf daripada seorang netizen yang mengaku pernah memakinya dahulu.
Kata Ezad dia tidak mengingati waktu bila perkara itu terjadi namun dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam di dalam hati.
Dalam pada itu, peserta Gegar Vaganza 2015 ini turut memohon maaf andai kata ada salah silap yang dilakukannnya tanpa disedari.
"Walaikumussalam...Masya-Allah...Saya pun tak ingat masa bila tu hahahaha...
"Takpa saya tak pernah nak berdendam..Mungkin masa tu memang muka saya memang muka mintak kena maki kot hahahaha...
"Mungkin ada jua kesilapan dari saya yang buat orang tak puas hati dengan saya.
"Saya pun mintak maaf ya andai ada kesilapan jugak dari pihak saya....
"Kita saling bermaafan ya, terima kasih masih sudi jadi peminat pada saya.....Semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan.
Pemilik nama Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkongsi paparan mesej yang dihantar kepadanya menerusi aplikasi whatsApp di Instagram (IG) miliknya.
Sekadar info, Ezad memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.