,
Laman Utama

“Mungkin Saya Lagi Baik Daripada Orang Yang Kutuk Tu” - Isteri Yonnyboii Tak Kisah Dikritik Tanggal Tudung

Izwan Isa
27/04/2022
13:20 MYT
Sejak kebelakangan ini, nama isteri kepada Yonnyboii, Nik Nazira sering meniti di bibir netizen. Hal ini kerana, wanita yang turut bergelar pempengaruh itu kini tampil tidak bertudung.
Nazira ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia berkata, imej bertudung yang dibawanya pada tahun lalu dianggap sebagai satu tempoh percubaan.
Tambahnya, imej tidak bertudung yang digayakan kini bukanlah imej baharu dan meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
BACA: Yonnyboii Tidak Kisah Isterinya On-Off Bertudung
“Bagi saya takdalah penampilan baharu. Sebab saya baru cuba bertudung untuk setahun. Bagi saya doakan jelah yang baik-baik.
“Sebab kita tak tahu mungkin dalam masa setahun dua ni, mungkin saya lagi baik daripada orang yang kutuk tu, atau orang yang kutuk tu jadi lebih teruk daripada dia sekarang sebab kita tak tahu jalan hidup kita,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nazira menjelaskan yang dia sudah bersedia sepenuhnya saat mengambil keputusan untuk berhadapan dengan orang ramai apabila sudah kembali tidak mengenakan tudung.
BACA: “Lagi Cantik Time Pakai Tudung” - Netizen Terkejut Isteri Yonnyboii Tidak Lagi Berhijab
“Sebelum saya bercadang untuk terbuka mengenainya, saya dah ready. Saya tak baca pun komen sebenarnya… saya cuba untuk hindarkan (baca komen). Sebab saya tahu kalau saya baca saya lagi sakit hati.
“Tak mengapalah… mulut orang kita tak boleh nak buat apa-apa,” katanya.
Terdahulu, orang ramai mula menyedari tentang penampilan berbeza Nazira selepas dia dan Yonnyboii hadir ke Majlis Anugerah Joox 2021 dengan tidak mengenakan tudung.
Untuk rekod, Yonnyboii dan Nazira berkahwin di Duchess Place, Ampang pada 20 November tahun lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.
BACA: Yonnyboii Ditegur Tak Pandai Bimbing Isteri, Nik Nazira Tak Sentap Dengan Netizen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

gempak
12/11/2024
02:55 MYT
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

gempak
08/11/2024
08:55 MYT
Sebut sahaja bunda Hetty Koes Endang pastinya kita membayangkan fesyen tudung ikoniknya dengan 'awning' tinggi di depan.
Hiburan

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

gempak
29/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
Hiburan

Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

gempak
28/10/2024
00:55 MYT
Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media, Ameera Khan mendedahkan dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.
Unitar