Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Mungkin Semalam Aku Terlalu Marah, Baru Tersedar Yang Aku Sangat Merindui Dia" - Alyah

Rozaimi Zubaidi 18/02/2019 | 03:32 MYT
Penyanyi Datin Alyah mengakui kesal apabila terlalu marah sehingga melukakan hati insan yang dia sayangi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Alyah berkongsi gambar suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram bersama seorang kanak-kanak.
"Dia apa khabar? Mungkin semalam aku terlalu marah. Tapi hari ini Ya Allah swt kau sejukan hati ini dalam reda-Mu Ya Allah swt.
"Baru aku tersedar yang aku sangat merindui dia. Semoga dia baik-baik saja.
Hanya Doa peneman setia," tulisnya.

Dia apa khabar? Mungkin smlm Aku terlalu marah.... Tapi hari ini Ya Allah swt kau sejukan hati ini dlm redhamu Ya Allah swt.... Baru Aku tersedar yg Aku sgt merindui dia ??? Semoga dia baik baik saja. Hanya Doa peneman setia....

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui sebak dengan kapsyen yang ditulis oleh Alyah dan mereka mendoakan kebahagiaannya bersama Tok Ram.
Ada juga yang berharap agar Alyah tabah menempuhi dugaan ini serta terus berusaha menjadi seseorang yang terbaik sebagai isteri dan untuk keluarganya.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Hassan dan Tok Ram telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.
#Penyanyi #Penyanyi #Datin Alyah
;