Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mungkin Tiada Lagi Video Deepfake Selepas Ini, Facebook Lancar 'Perang' Habis-Habisan Menerusi...

Hanafis Haris
09/01/2020 08:30 MYT
Bulan lalu, sepotong rakaman video memaparkan aksi panas mirip pelakon Zul Ariffin viral di sosial media.

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan aksi individu bertubuh sasa itu dalam keadaan berbaring sambil menunjukkan alat sulitnya.

Dipercayai rakaman itu seolah-olah dilakukan ketika panggilan video bersama individu lain.

BACA: Alamak! Video 'Panas' Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun Instagram Sudah Dinyahaktif?

Menjelaskan situasi tersebut, Zul bagaimanapun memberitahu video tersebut merupakan penghasilan daripada teknik suntingan digelar sebagai 'Deepfake'. Takut bukan?

Namun, tahukah anda, sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan fitnah, Facebook akan mula mengharamkan video berunsurkan 'deepfake' ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan pihak Facebook, 'deepfake' tidak sepatutnya berada di platform berkenaan.

Malah, hingga kini sudah ramai ahli politik serta artis yang menjadi mangsa kepada video deepfake ini.

Gejala ini sedikit sebanyak dapat menjejaskan reputasi individu terlibat.

Difahamkan, Facebook bakal membuat pelaburan USD10 juta untuk memajukan teknologi 'deepfake detection'.

Diharapkan sokongan ini dapat mengurangkan video yang kurang enak dipaparkan di media sosial.

#Zul Ariffin #Deepfake
;