Murah & Mudahkan Kerja! Antara Barangan Yang Patut Anda Beli.
Badrul Hashim
08/07/2020 14:15 MYT
08/07/2020 14:15 MYT
Seronok jika kita dapat membeli barangan pada harga yang berpatutan tetapi dapat melakukan tugas dengan mudah dan cepat. Apatah lagi barangan yang dibeli tersebut sememangnya berguna sekali untuk kita.
Seorang pengguna Twitter, @nazura_ar membuat satu tread khusus untuk mereka yang pernah membeli barangan di kedai Daiso dan berkongsi kegunaannya.
Tread tersebut mendapat lebih 27,000 ciapan dan hampir 43,000 tanda suka. Berikut adalah antara barangan yang boleh anda dapati dan kegunaannya.
1. Oily Grime Cleaner
"Kalau pergi Daiso, belilah tissue ni sekali. Memang berguna betul. Lap dapur lepas masak jadi senang gila, sekali lap clear dah," kata @patenrazali
2. Puff Sponge Detergent
"I try cuci tudung putih yang ada make up stains pakai puff sponge detergent from Daiso. Basahkan tempat kotor tu, tuang sikit detergent dekat tempat kotor pastu gosok-gosok pakai kain tudung je. I tak sental pakai berus sebab nak jaga kain tudung. lepas beberapa saat je dah bersih gila!" kata @pja_chan
3. Blue Stick Soap & Melamine Sponge
"Gaisss kombinasi yang padu untuk bersihkan kasut anda. Modal total RM11. Beli dekat daiso.
Cara-cara untuk menggunakannya:
1) lembabkan bahagian yang kotor dengan air.
2) gosok sabun tu.
3) gosok dengan berus (aku guna berus gigi yang tak terpakai) sampai puas hati.
4) jangan terus bilas, basahkn sikit sponge Daiso tu, gosok lagi sampai sponge tu hancur.
5) kemudian, lapkan dengan kain/tisu bersih.
Siap!" kongsi @TheSyazri
4. Washing Machine Cleaner
"Hari ni cuci washing machine pula! Korang tau tak dalam washing machine korang tu pun kena cuci juga sebenarnya? Pakai serbuk washing machine cleaner ni je nanti habis keluar kotoran-kotoran dalam tu.
"Basuh baju sebab kotor tapi rupanya washing machine pon kotor. Akhirnya baju yang dibasuh pun tak bersih.
"Tadi tak sempat nak tangkap gambar masa kotoran-kotoran tu terapung. Ini masa dia dah bilas. Masih ada tertinggal lagi kotoran-kotoran tu sebab tak habis bilas lagi. Korang nampak tak?" kongsi @pja_chan
5. Drainpipe Cleaner
"Korang kalau sink tersumbat, gunalah ni. Ada jual kat homepro. I dah cuba macam-macam tapi tak jadi. Akhir sekali guna ni. Dah tak sumbat dah sink dapur tu. Ni ada kat homepro. Yang hari tu mak I beli kat Aeon," tulis @jiaohjia
6. Prevention Buzzer
"Mungkin ada yang dah tahu tapi nak kongsi jugak sebab mungkin berguna pada yang lain. Benda ni aku beli kat Daiso.
"Kalau sesiapa yg suka jalan sorang-sorang lebih baik beli ni untuk keselamatan diri. Jika ada apa-apa yang berlaku, cabut je kat mulut burung tu, lepas tu nanti dia akan bunyi dengan kuat," cerita @lilgazania
7. Blue Stick Soap
"Dah lama geram dgn kotoran kuning kat tempat pakai deodorant ni. Akhir sekali aku beli blue stick soap kat Daiso ni, sekali aku sental je hilang weh. Lepas sental korang basuh balik macam biasa," kongsi @herryrozular_
8. Floor Wipes
"Jenis yang malas nak basuh mop boleh cuba benda ni, wipes sheet tu ada 2 jenis basah dengan kering dan banyak lagi pilihan. Wiper tu boleh extend jadi panjang," tulis @pipangggg_
Nazurah juga turut berkongsi cara yang mudah untuk memahami barangan yang anda beli.
"Anda boleh guna Google Lens untuk alih bahasa label pada barang-barang yang dijual di Daiso kerana hampir kesemua barangan menggunakan bahasa Jepun," katanya,
Banyak lagi barangan inovatif pada harga berpatutan yang anda boleh beli dan cuba untuk memudahkan kerja-kerja di rumah anda.