Kisah siasatan yang lucu serta penuh suspen drama Astro Original Series, Murder By Moonlight semakin mendebarkan.

Kes pembunuhan Tuan Osman sehingga kini masih menjadi misteri, malah Ameera watak yang dilakonkan oleh Sara Ali cuba hendak mengaitkan semua suspek dalam kes ini.

Dalam episod ketiga malam ini Dr Sangeetha mendedahkan dia sudah lama berdendam dengan Tuan Osman.

Tapi kenapa Dr Sangeetha boleh berdendam dengan Tuan Osman? Malah dengarnya dia mungkin perlu bertanggungjawab di atas kematian penulis novel terkenal itu.

Apa yang pasti dalam episod kali ini Dr. Sangeetha sedikit celaru, dia tak ingat apa yang jadi pada malam Tuan Osman meninggal. Ubat insulin dia juga hilang. Sedang dia cuba kaitkan apa yang berlaku malam itu, Ameera pula makin dalam dengan siasatan.

Hasil siasatan pada kali ini, Ameera dapat pastikan yang sebenarnya Tuan Osman mati dibunuh? Tapi siapa pembunuh sebenarnya?

Saksikan Murder By Moonlight mala mini yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.00 malam,di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan PassionPictures.

Menariknya kali ini menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat barisan pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza.

Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien.

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.