Memandangkan keadaan penularan kes Covid-19 semakin meningkat, apa kata kita semua kurangkan aktiviti di luar rumah.

Sebolehnya, duduk sahaja di rumah sekiranya tiada keperluan penting. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kini berada di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Takut bosan? Jangan risau, anda boleh layan pelbagai program menarik yang ada di Astro menerusi pelbagai rancangan yang tersedia di platform On Demand yang ditawarkan untuk bulan Oktober ini!

Paling best, anda boleh layan filem bergenre komedi seram, Takut Ke Tak? yang mula boleh ditonton sejak 15 Oktober selain filem seram Thai, Check In Shock bermula 8 Oktober di Astro First.

Bagi pencinta filem animasi, apa kata rebut peluang anda untuk memonton The Boss Baby dan Trolls di saluran Astro Best.

Istimewanya, dengan setiap langganan kedua-dua naskhah tersebut, penonton berpeluang menonton selama 14 hari pada harga RM19.90 sahaja. Memang berbaloi!

Inilah waktunya untuk tonton bersama keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu nanti.

Bukan itu sahaja, sempena bulan Oktober ini, penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM11,000 dengan melanggan seleksi program menarik yang ada di Turn On K-Idol.



Mana tahu, mungkin Oktober menjadi momen indah anda untuk bawa pulang hadiah televisyen, telefon pintar, baucer dan banyak lagi!

Caranya mudah sahaja, pelanggan hanya perlu menjawab tiga soalan mudah di sini.



Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton cerita-cerita menarik di Astro hari ini.

Bagi pilihan alternatif, anda juga boleh saksikan menerusi aplikasi Astro Go di telefon pintar anda!