MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Gaya Hidup

Musim Sejuk Waktu Yang Sesuai Untuk Melancong Ke Turki? Kenapa?

Fiza Kamarudin 28/08/2019 | 14:03 MYT
Musim sejuk di Turki bermula dari bulan Disember hingga Februari dan tahukah anda, ada beberapa tempat yang masih menjadi tarikan pelancong dan masih boleh melakukan aktiviti menarik.
Ya, siapa kata melancong ke Turki hanya pergi ke tempat-tempat bersejarah sahaja? Banyak sebenarnya yang boleh anda lakukan seperti menaiki kereta kabel di pergunungan salji, bermain ski, ‘food hunting’ dan macam-macam lagi!
Tak percaya? Jom ikut kami!
1. Gunung Uludag, Kota Bursa
Rasanya, sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, perkara pertama yang dilakukan ialah OOTD! Mana tidaknya, persekitaran yang dipenuhi salji memutih, pasti membuatkan anda teruja! Lebih menarik lagi, untuk sampai ke Gunung Uludag anda perlu menggunakan Cable Car! Nikmatilah pemandangan indah dan nyaman sebaik-baiknya sepanjang perjalanan.
Selain itu, anda juga boleh berasakan pengalaman bermain ski. Dan selepas itu boleh bersantai sambil menghirup kopi panas! Bayangkan, cuaca sejuk dan kopi panas bergabung! Fuhhh!
2. Cappadocia di musim sejuk? Lebih menarik okay!
Kenapa kami kata menarik? Kerana anda akan ternganga melihat Cappadocia yang putih seperti ketika menaiki belon udara panas. Kalau anda nak tahu, awal pagi lagi belon panas sudah mula dilepaskan di udara untuk kegunaan pelacong di sana.
Ambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat seperti Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rock dan Open Air Museum ketika berada di sana!
3. Istanbul, jangan tak pergi!
Sebaik sahaja kaki memijak bumi Istanbul, sila cari Ayam Turki Panggang tradisional mereka. Kebiasaannya, hidangan ini popular menjelang sambutan ambang tahun baru! Haaa..apa kata, sambut tahun baru di Turki pula? Pasti akan jadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
Dah alang-alang sampai Istandul, ambil kesempatan untuk menjelajah tempat-tempat bersejarah seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, Muzium Arkeologi Istanbul dan Istana Topkapi yang menyimpan seribu satu cerita dan peristiwa penting dalam sejarah tempatan. Akhiri perjalanan anda dengan menaiki Bosphorus Cruise!
4. Nak Shopping? Pilih Disember & Januari!
Disember dan Januari adalah syurga membeli belah di Istanbul kerana banyak pusat membeli belah di Istanbul menawarkan harga diskaun. Tempat yang popular dengan tawar-menawar ialah Grand Baazar.
Oh ya, berita baik buat anda kerana pada Disember dan Januari, selain dari harga barangan, hotel-hotel juga menurunkan harga bilik mereka. Ini disebabkan kurangnya permintaan daripada pelancong semasa musim sejuk. So, tunggu apa lagi?
5. ‘Food Hunting’
Selain kebab ada beberapa menu popular yang anda mesti cuba iaitu Menemen, Kofte, Manti dan Lahmacun. Jika mahu memanaskan badan, carilah dua minuman panas yang terkenal di Turki iaitu Salep dan Boza.
6. Tak Sesak
Anda boleh menikmati percutian dengan tenang pada musim sejuk di Turki kerana kurang pelancong dan tidak sesak. Ada kalanya perbelanjaan juga akan menjadi lebih murah dan menjimatkan kerana peniaga beri diskaun.
Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.
#Gaya Hidup #Travel #eTF
;