Nampaknya impian peminat mahu melihat Datuk Jamal Abdillah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian selepas penyanyi itu mengesahkan telah menarik diri.

BERITA TRENDING : Jamal Abdillah Stop Dulu Tambah Anak, Kasihan Lihat Isteri Sebab

Jamal, 65, berkata, dia terpaksa menarik diri daripada bertanding di pentas itu menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana terikat dengan komitmen lain.

"Betul, saya tarik diri AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya. Acara itu telah dipersetujui lebih awal dan saya tidak dapat menolaknya," kata Jamal.

Tambah penyanyi berusia 64 tahun ini juga memberitahu dia mempunyai sebab lain namun enggan berkongsi mengenai perkara tersebut.

"Selain kerana terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan," ujarnya.

Bagaimanapun, amal turut mengakui dia berasa sedikit ralat kerana tidak dapat membuat beraksi menyanyikan lagu Kucuma bersama wany Hasrita.

"Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya," katanya.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan ketiadaan wajah penyanyi legenda itu dalam video promosi anugerah tersebut.

Kata beberapa netizen, ketiadaan wajah bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani itu adalah disebabkan beliau telah menarik diri.