Perkongsian terbaharu pelakon Mustapha Kamal di laman TikTok telah mencuri perhatian wargamaya.

Pada perkongsian tersebut Mustapha memuat naik beberapa gambar dia bersama pasangan pengantin baharu iaitu bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin dan isteri, penyanyi Fyna Jebat.

“Kebetulan, terjumpa lagenda bola sepak Zainal Abidin, kawan lama saya.

“Semoga yang terbaik untuk anda berdua. Tahniah,” tulisnya pada kapsyen.

@mustaphakamaal

Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

♬ We Are The Champions - Remastered 2011 - Queen
Difahamkan Mustapha yang ketika itu bersama isteri di sebuah kedai makan tidak sengaja terserempak dengan Zainal Abidin dan Fyna.

Menjengah ke ruangan balas, pelbagai reaksi yang diberikan oleh wargamaya selepas melihat perkongsian Mustapha yang juga digelar sebagai papa Mega Holding kerana kerap membawa watak seorang Datuk kepada syarikat besar.

“Untung papa Mega Holdings dapat bergambar dengan pengantin baru,” kata seorang wargamaya.

“Papa Mega Holdings minta ilmu nak tubuhkan pasukan bola sepak ke hehe,” komen sorang wargamaya.

“Thank you papa Mega Holdings, ini gambar yang first time saya tengok lepas mereka nikah,” ujar seorang warganet.

Terdahulu, teka teki berhubung status hubungan antara Fyna dengan Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, terjawab selepas dia mengakui sudah bergelar isteri kepada jurulatih dan juga bekas pemain bola sepak itu.

Bagaimanapun Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29, yang juga adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat berkata, dia tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.

BACA: Terjawab Akhirnya, Fyna Jebat Mengaku Sudah Berkahwin Dengan Zainal Abidin

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.