Seperti biasa, filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar sering menarik perhatian penonton.

Kali ini, menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen menyukai kata-kata nasihat yang terkandung dalam filem tersebut.

"Musuh boleh jadi kawan baik.

"Maafkan diri sendiri.

"Semua orang berhak untuk diberi peluang kedua,"
tulis pengguna Twitter bernama @LllAbil.

Sementara itu, ramai juga yang mencadangkan rakan-rakan di laman sosial itu untuk menonton Sangkar.







Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.