Nama pelakon Zac Zaky mendapat perhatian dalam kalangan warganet selepas memegang watak Eddie dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Watak Eddie dibenci ramai orang selepas mucul semula untuk merebut kasih Lily (Uqasha Senrose) dan juga anak mereka.

A post shared by Muhdzakir (@zac_zaky)


Mengikut pemerhatian Gempak, rata-rata penonton drama Perempuan Tanpa Dosa meluahkan rasa marah dengan sikap Eddie.

Namun ada juga yang memuji dengan hasil lakonannya yang berjaya membuat jiwa peminat tidak tenteram ketika menonton drama itu.





Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Azza Elite dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.

Bagaimana kehadiran Eddie dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.

BACA: Usu Sakinah Buat Uyaina Arshad Terima Mesej Ancaman - "Ada Nak Santau, Pijak & Cungkil Mata"

BACA: Disebabkan Shot Kamera, Penonton Fikir Uyaina Arshad Tak Pandai Bonceng Basikal