HOLLYWOOD
Musuh Sejak 2004, Madonna & Elton John Berdamai: “Bermaafan Kuasa Terhebat”
Hubungan keruh di antara dua figura popular Hollywood, Madonna dan Elton John bukan rahsia dalam kalangan penggiat seni. Kedua-dua penyanyi ini mula bermusuh sejak tahun 2004.
BERITA TRENDING: “Sekurang-Kurangnya Aina Abdul Boleh Menyanyi Berbanding Madonna” - Khadijah Ibrahim
BERITA TRENDING: Madonna Terlentang Jatuh Kerusi Atas Pentas
Namun kini hubungan keruh itu sudah menjadi jernih apabila keduanya sudah bermaafan. Perkembangan terkini hubungan mereka diumumkan sendiri oleh Madonna menerusi media sosialnya.
“Kami akhirnya ‘menguburkan’ persengketaan kami,” tulis Madonna pada sekeping foto yang dikongsikan, lapor CNN.
Foto tersebut memperlihatkan pelantun Vogue itu datang ke persembahan John dikongsikan Saturday Night Live (SNL) dan bertemu legenda itu di belakang pentas.
“Lepas berdekad saya tersakiti apabila mengetahui individu yang sangat saya gemar menyebarkan kebencian terhadap saya kepada umum. Saya tidak faham mengapa.
“Jadi sebaik tahu John akan membuat persembahan di SNL, saya tidak boleh melepaskan peluang bertemu dengannya. Saya mesti meleraikan persengketaan kami.
“Dan apabila saya bertemu John, perkara pertama yang keluar daripada mulutnya ‘maafkan saya’ dan tembok persengketaan pun runtuh.
“Kemaafan adalah kuasa terhebat. Hanya dalam beberapa minit kami berpelukan dan berbaik,” ceritanya panjang lebar.
BERITA TRENDING: Elton John Hilang Keupayaan Melihat : “Saya Tidak Boleh Melihat, Membaca…”
Selain mengakui sudah berbaik, Madonna juga mendakwa John mahu menulis lagu dan berkolaborasi dengannya.
‘Permusuhan’ di antara mereka tercetus selepas John mendakwa Madonna melakukan lip-syncing sewaktu dia menerima anugerah di Q Awards pada tahun 2004.