Penyanyi Ernie Zakri menafikan dakwaan bahawa single terbaharunya, Ku Bersuara merupakan sebuah karya ciplak.
Jelas Ernie, muzik lagu Ku Bersuara mungkin memiliki persamaan daripada segi mood dan rasa memandangkan genre muzik bluesnya sama dengan lagu-lagu antarabangsa yang dimaksudkan.
"Eh bukan... penat Syamel buat. Kasihan dia, lagu Ku Bersuara tak ciplak mana-mana lagu pun.
"Setakat ni Syamel sendiri yang menggali apa itu muzik blues dan saya pula tampil dengan konsep blues yang agak Melayu.
"Dalam muzik blues akan ada persamaan daripada sudut rasa, feel dan style nyanyiannya.
"Tapi kalau nak kata seakan-akan sama, saya rasa setiap lagu akan ada keunikan sendiri.
"Setiap artis pun akan ada inspirasi dan rujukan mereka. Kalau nak kata sama, mungkin sama genre. Muzik blues memang bunyi begitu," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, lagu Ku Bersuara didakwa mempunyai persamaan dengan beberapa lagu antarabangsa terkenal seperti Fallin (Alicia Keys), God Is A Woman dan Dangerous Woman (Ariana Grande).
Bagaimanapun, Ernie tidak kecewa mahupun terkilan apabila dilabelkan sedemikian.
"Saya tak terkilan malah saya gembira apabila orang memberikan perhatian terhadap lagu saya," tambahnya.
Ernie telah melancarkan single terbaharunya, Ku Bersuara berserta muzik videonya baru-baru ini.
Ku Bersuara mendapat sentuhan muzik dan lirik daripada Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.
Amri Hassan
Thu Dec 20 2018


2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya

"Walau Usia Sudah Menjangkau, Semangat Kuda Masih Maintain" - Kembara Teruja Berkonsert 31 Julai Ini!
Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.

"Perempuan Boleh Buat Apa Saja Lelaki Boleh" - Jack Neo Sambung Sekuel Ah Girls Go Army
Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girl Go Army Again (AGGA) menerima sambutan yang baik di tanah airnya dan juga di Malaysia.

“Cinta Kita Seluas Pemandangan, Jom Sayang Teruskan Perjalanan” - The House Kamal Uqasha Tiba Di Episod Akhir!
Kembara bulan madu tiba di penghujung.

Gempak Drama - The Maid - Musim 1

Drama Semakin Menjadi-Jadi, Kisah Lelaki 4 Isteri Diteruskan Lagi Dalam The Maid Musim Kedua!
Wah The Maid musim ke-2!

“Aku Udah Gak Sama Sarah Lagi…” – Tegar Septian Umum Bercerai
Banyak pulak kes cerai dalam kalangan selebriti