Pelakon Hannah Delisha mendedahkan muzik gamelan membantunya untuk menjiwai watak Langsuir dalam filem tersebut.

Menerusi laporan HLive!, Hannah membuat kajian sebelum membawakan watak Suri dalam filem tersebut.

"Cara saya menjiwai watak ini adalah saya banyak mendengar lagu-lagu Jawa, dengar lagu-lagu gamelan kerana dalam dunia realiti, 'mereka' tertarik dengan instrumental yang mempunyai bunyi berdengung.

"Sebab itu saya mendengar muzik sebegitu untuk mengingatkan diri sendiri yang lagu-lagu tersebut menjadi kegemaran Suri," kata Hannah.

Selain Hannah, filem Langsuir turut dijayakan oleh Syafiq Kyle.

Sebelum ini, Syafiq dan Hannah pernah bergandingan dalam drama bersiri popular Mencintaimu Mr. Photographer.


Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).