gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Dunia Rasa Kecil, Sunyi" - Anding Dedah Pernah Dibuli, Seru Mangsa Bangkit & Berani Bersuara
HIBURAN
“Muzik Islamik Tak Cukup Hentikan Kezaliman Di Palestin” – Harris J
VIRAL
Bekas Peserta MasterChef Mexico, Model OnlyFans, Yanin Campos Maut Kemalangan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Muzik Islamik Tak Cukup Hentikan Kezaliman Di Palestin” – Harris J

Umirah Halim
Umirah Halim
10/08/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
“Muzik Islamik Tak Cukup Hentikan Kezaliman Di Palestin” – Harris J
Penyanyi antarabangsa, Harris J mengakui karya muzik Islamik yang dihasilkan mampu menyemai kedamaian, namun ia tidak cukup kuat untuk menghentikan penindasan dan keganasan yang berlaku di dunia termasuk krisis kemanusiaan di Gaza.
Bagi penyanyi kelahiran Britain itu, keyakinan terhadap Tuhan dan kewujudan keadilan akhirat menjadi pegangan hidupnya untuk terus bertahan.
“Saya berdoa dan berharap muzik dapat memberi impak terhadap segala yang berlaku di dunia. Namun, saya sedar muzik semata-mata tidak cukup kuat untuk melawan kezaliman. Bagi saya, inilah sebab wujudnya syurga dan neraka,” katanya ketika ditemui pada sesi promosi eksklusif sempena pelancaran EP terbaharunya, Revival, di Ruang Ruma, Petaling Jaya pada Jumaat.
Selain itu, Harris turut berkongsi kebimbangannya memikirkan bagaimana ada individu yang mampu hidup tanpa percaya kepada kewujudan Tuhan dan keadilan, sedangkan saban hari dunia disajikan dengan penderitaan manusia, khususnya kanak-kanak.
“Jika tiada syurga dan neraka, saya akan hilang pertimbangan. Saya ada kenalan dan ahli keluarga yang tidak percaya kepada Tuhan, tetapi mereka sangat baik.
“Saya sering bertanya, bagaimana mereka mampu terus hidup sedangkan setiap hari kita mendengar penderitaan kanak-kanak di seluruh dunia, dan tidak percaya kepada adanya keadilan?
“Bagaimana mereka mampu menerima hakikat bahawa penjenayah atau pelaku zalim tidak akan dihukum?” katanya.
Menurutnya, keyakinan bahawa Tuhan adalah hakim yang paling adil membuatkan dirinya mampu melawan rasa putus asa.
“Tuhan adalah hakim yang paling adil dan orang jahat pasti menerima balasan setimpal. Itu yang membuatkan saya mampu bertahan,” ujarnya.
Beralih mengenai projek terbaharunya, Harris berkata Revival yang diterbitkan oleh Awakening Music menandakan kemunculan semula dirinya selepas beberapa tahun menyepi daripada industri muzik.
EP tersebut mengandungi enam buah lagu termasuk gabungan karya baharu dan semula lagu-lagu ikoniknya seperti Qalbi Fil Madinah yang menampilkan Maher Zain, O Allah, Salati dan Always Listening.
Single utama Hayati turut dilancarkan bersama video muzik sinematik arahan pengarah filem Perancis-Tunisia, Idris Kheder, yang menjalani penggambaran di Granada, Sepanyol.
Topic Berkaitan
#muzik
#Palestin
#Islamik
#J
#Harris
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement