HIBURAN
Muzik Video Serumpun Mimi Fly Sudah Tidak Ditayangkan Kepada Umum, Peminat Dakwa Akan Ada Versi Yang Baharu?
Susulan pelbagai reaksi yang diterima terhadap penyanyi Mimi Fly membabitkan lagu Serumpun, video muzik lagu tersebut dipercayai sudah tidak ditayangkan kepada umum.
Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, memaklumkan bahawa muzik video tersebut sudah diletakkan dalam mod privasi susulan kecaman terhadap penampilan berkemban Mimi dalam muzik video itu.
“Untuk menghormati semua pihak, Serumpun muzik video bukan lagi untuk tatapan umum. Nantikan versi baharu. Terus sokong Mimi okay,” tulis individu tersebut.
Warganet puji Mimi
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Mimi yang dianggap professional dan dapat menerima teguran dengan baik.
“Good job. Ramai yang support bila sudi terima teguran. Mesti video lagi kreatif dan akan boom boom boom.
“Percayalah mimi, dengan tindakan professional ini, lebih ramai lagi orang akan sokong awak.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan mimi & team. Bagus, terima teguran dengan baik,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, MV Serumpun berdepan reaksi negatif segelintir pihak yang menyifatkan busana terdedah digayakannya tidak sopan untuk lagu raya.
Malah, isu itu turut meraih perhatian parti politik Wanita Amanah Wilayah Persekutuan yang mengecam dengan mendakwa MV berkenaan bertentangan ajaran Islam serta maksud sebenar Aidilfitri.
Bagaomanapun, selepas itu Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 38, meminta maaf dan menerima segala kritikan dengan hati terbuka, selain menyatakan tiada niat mencipta kontroversi.
Difahamkan, penampilan pakaian klasik Melayu, Jawa serta etnik Thai dalam MV terbabit sebagai simbol kepelbagaian budaya yang turut meraikan Aidilfitri walaupun berbeza asal.
Must-Watch Video