Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"MV Dari Masa Depan Ke Ni?" - Lagu 'Kali Ketiga' Nujum Kisah Realiti Artis Curang?

Amri Hassan
15/05/2019 03:18 MYT
Bagaikan satu kebetulan pula apabila lagu ciptaan Drama Band berjudul Kali Ketiga seakan-akan mirip dengan kisah curang sebenar seorang artis lelaki.

Malah, ramalan muzik video lagu nyanyian Carya dan Sarah Fazny itu juga hampir tepat dengan kisah yang membabitkan artis lelaki kontroversi yang curang itu.

"Berdasarkan trending topik semasa, nah lagu ni.

"Nampak gayanya ramalan pengakhiran di dalam MV agak tepat," tulis Epul Drama Band berserta tanda pagar #KantoiLagi.

Berdasarkan trending topic semasa, nah lagu ni. Nampak gayanya ramalan pengakhiran dalam MV agak tepat. ? #CARYA #KaliKetiga #KantoiLagi

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza) on


Lagu Kali Ketiga mengisahkan sikap seorang lelaki yang tidak setia dengan pasangannya hingga sanggup curang berkali-kali biarpun diberikan peluang.

Perkongsian babak akhir muzik video Kali Ketiga itu mendapat pelbagai respon netizen yang mengaitkan situasi itu sama seakan-akan kisah rumah tangga Aliff Aziz.

"MV dari mada hadapan ke ni?" tulis @taufiq_yusry.

"Pandai kau kan buat lagu dari masa depan. Join Avengers ke apa," sahut @jebat_garang.

"Wey ni memang kena sangat ni dengan situasi sekarang," tambah @neyrashazeyra.

"MV ni memang khas tuju kat dia ke?" soal @lia.miszlia88.

"Khas untuk Aliff Aziz. Macam kena pula cerita tu," tulis @ai_soo_na_.

"Aliff Aziz gimik lagu ni eh...," tambah @aisyahkhrlnzm.

Semalam kecoh industri hiburan tempatan apabila seorang gadis mendedahkan pelakon Aliff Aziz pernah curang bersama seorang gadis belasan umur menerusi foto mesra berdua-duaan tanpa baju.

Ia bukan perkara baharu memandangkan Aliff sebelum ini pernah dilaporkan curang dengan dua pelakon wanita yang pernah berlakon bersama-samanya.

Ekoran kejadian semalam, isterinya, Bella Astillah nekad untuk meneruskan hidup tanpa Aliff.


#Aliff Aziz #Drama Band #Kali Ketiga
;