Laman Utama

MV Lalisa Dari Lisa Blackpink Ditonton 100 Juta Kali Di YouTube, Cipta Rekod Dunia

gempak
Maliah Surip
12/09/2021
06:53 MYT
Sponsor Banner
MV Lalisa Dari Lisa Blackpink Ditonton 100 Juta Kali Di YouTube, Cipta Rekod Dunia
Sejak merilis single solonya, Lalisa pada 10 September lalu, nama Lisa Blackpink terus trending apabila debut tersebut menjadi sebutan ramai.
Terkini, muzik video Lalisa mencetak rekod dunia apabila ditonton lebih 100 juta kali sejak dirilis. Secara tepatnya, kutipan 100 juta tontonan itu ditonton dalam tempoh 49 jam dan lima minit, hanya sedikit terlebih dari dua hari selepas tayangan.
Hal yang demikian menjadikan Lalisa sebagai muzik video paling banyak ditonton dalam waktu singkat oleh artis solo di dunia, lapor Soompi.
Lalisa juga dipercayai telah mencipta rekod terkini sebagai solo artis yang mendapat tontonan paling banyak dalam waktu singkat walaupun belum disahkan oleh YouTube.
Rekod sebelum ini dipegang oleh penyanyi Psy dengan lagu Gentleman iaitu ditonton dengan banyak dalam tempoh 2.8 hari.
Terdahulu media melaporkan Lalisa mengutip tayangan sebanyak 70,368,743 tontonan di YouTube sebaik ia dilancarkan.
Menerusi penampilan solonya itu, Lisa dalam satu temubual mengatakan mahu menonjolkan budaya Thailand sebagai apresiasi kepada negaranya yang tercinta.
Dia mengaku telah memaksa tim untuk memasukkan ciri Thailand ke dalam muzik video Lalisa yang mengambil sempena namanya.
"Saya memakai pakaian tradisional Thailand yang selama ini dimahukan dalam muzik video saya. Saya mahukan ini daripada pengarah, bekerjasama dengan para penari dan hasilnya sangat memuaskan," kata Lisa seperti dilaporkan Mirror.
Lisa menjadi anggota Blackpink ketiga yang merilis album secara solo selepas Jennie dan Rosé.
Album yang turut memuatkan lagu hip hop ini telah menerima tempahan awal sebanyak 800,000 di Korea Selatan, yang juga menjadi rekod bagi penyanyi perempuan KPop.
Kredit Foto: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live