3 GADIS MANIS 2019
“My Boss Is So Unbelievable!” - Puteri Aishah Bagi Tips Berhadapan Dengan Dilema dalam 3 Gadis Manis
Menjadi satu masalah kepada sesetengah graduan lepasan universiti untuk membuktikan kebolehan mereka di tempat kerja baharu.
Segelintir majikan tidak mempercayai bakat yang ada dalam diri mereka sehingga diberikan kerja-kerja remeh yang tidak sesuai dengan kebolehan mereka!
Itu yang dihadapi oleh Icha, seorang doktor haiwan muda yang baru sahaja bergraduasi. Di tempat kerja, dia tidak diberikan peluang untuk merawat haiwan, tetapi dia diberikan tugas-tugas yang remeh seperti pembersihan najis dan kandang haiwan!
Drama bersiri mini 3 Gadis Manis (3GM) kembali untuk musim ketiga dan ia menampilkan jalan cerita yang sangat menarik!
Watak Icha yang berhadapan dengan dilemma ini digalas oleh pelakon cantik, Puteri Aishah.

Sebagai The Vanilla Girl, bagaimanakah Icha berhadapan dengan masalah ini?
Menggunakan produk NIVEA Vanilla & Almond Oil in Lotion, Icha menyuntik semangat baru untuk mengatasi masalah terbabit.
NIVEA Vanilla & Almond Oil in Lotion dengan haruman vanilla akan memberikan kepuasan kepada anda menerusi wangian floral dan ia juga menjaga kelembapan kulit menerusi minyak almond yang pantas menyerap untuk kelembutan dan kesegaran berpanjangan!
Saksikan bagaimana cara Icha menyelesaikan liku yang dihadapinya dalam 3GM!
Drama ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.
Selain itu, untuk musim terbaru ini, 3 Gadis Manis tampil dengan 8 episod kesemuanya dan episod-episod tersebut boleh ditonton di www.3gadismanis.com.my.
3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran NIVEA sebagai peneraju utama menerusi NIVEA Rose & Argan Oil in Lotion, NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan NIVEA Vanilla & Almond Oil in Lotion.
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, Flowers Always Bloom!
p/s: Penonton juga berpeluang untuk mencuba kuiz personaliti di laman web www.3gadismanis.com.my bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai dengan gadis-gadis di dalam 3 Gadis Manis Musim 3!