Pelakon kacak Indonesia Jefri Nichol menarik perhatian peminatnya apabila dilihat saling berhubungan dengan personaliti media sosial yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Instagram Jefri, dia telah memuat naik sekeping foto hitam putih dengan tertera kapsyen yang ditujukan untuk seseorang.

“Posting this because she loved this one,” tulis Jefri sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, Ameera, 20, dilihat menitipkan kata-kata yang mengundang pelbagai pertanyaan umum.



Malah, komen seorang pelakon Indonesia, Adipati yang bertanya tentang siapakah gerangan yang menyukai foto tersebut menerima respon daripada wargamaya apabila ada yang memetik nama Ameera.



Ameera turut dilihat memberikan tanda suka pada beberapa foto dan video terkini yang dimuat naik oleh Jefri.

Sementara itu di ruang Instagram Ameera yang menggunakan nama Little Miss Khan, Jefri turut dilihat meninggalkan komen pada sekeping foto Ameera.



Lanjutan daripada respon tersebut, ramai wargamaya membalas komen seolah-olah patah hati selepas melihat seperti ada ‘sesuatu’ di antara mereka berdua.

Wait sir, that's kinda break my heart. I need prove,” tulis seorang wargamaya.

They’re each other’s favorite,” ujar seorang wargamaya.

Apa-apaan ni?” tanya seorang wargamaya.

Kok bisa di sini bang?” balas seorang wargamaya.

Giliran Jefri yang minat sama perempuan dari Malaysia,” kata seorang wargamaya.

“Jauh banget mainnya ke Malaysia bang,” usik seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Jefri, 22, mula aktif berlakon sekitar tahun 2013 dan antara filem popularnya adalah Dear Nathan, Jailangkung, Habibie & Ainun 3 serta Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi.