Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Isnin lalu, berkenan mencemar duli ke Pustaka Pustaka Raja Tun Uda bagi melancarkan buku tentang Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Buku tersebut bertajuk My First Year Journey: From TV News Anchor To Tengku Permaisuri Selangor.
Dalam titahnya, Tengku Permaisuri Norashikin menjelaskan, buku itu merupakan perkongsian tentang pengalaman pertama dalam hidupnya yang berasal daripada rakyat jelata kepada seorang yang penting dalam istana.

Antara pengalaman baharu yang digarap dalam naskhah itu adalah pengalaman dirinya terhadap protokol, adat istiadat, bahasa istana dan pengetahuan baharunya berkenaan susur galur sejarah Kesultanan Selangor.

???✨ Buku “My First Year Journey - From TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor - An Anecdotal Experience” ini memaparkan kisah DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di permulaan hidup Baginda sebagai Tengku Permaisuri Selangor. Ia ditulis oleh kakak Baginda sendiri, YBhg. Datin Dr. Norely Abdul Rahman. Buku yang berkisar tentang pengalaman peribadi berserta koleksi gambar-gambar eksklusif yang belum pernah disiarkan di media, kini diterbitkan khas untuk tatapan pembaca yang ingin mengenali Baginda dengan lebih dekat. Buku kisah perjalanan hidup Tengku Permaisuri Norashikin, seorang Permaisuri yang lahirnya sebagai seorang rakyat jelata adalah sebuah naskhah yang pastinya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca. Sebahagian hasil jualan daripada buku ini akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan kepada SPCA Selangor. Untuk mendapatkan buku cetakan terhad berharga RM160 senaskhah ini, sila hubungi : Puan Hanafisah - 012 970 5030 (Whatsapp sahaja) Encik Azrul - 011 5187 4450 (Whatsapp sahaja)

A post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on

“Buku ini sebenarnya bertujuan untuk berkongsi pengalaman saya menempuhi pelbagai pengalaman baharu buat pertama kali khususnya membabitkan protokol istana dan adat istiadat di dalam Balairung Seri.

“Namun lebih menarik, tujuan saya adalah untuk turut membawa pembaca merasai pengalaman yang saya lalui dan memperoleh pengetahuan baharu mengenai adat istiadat, bahasa istana dan susur galur sejarah Kesultanan Selangor,” titah Tengku Permaisuri yang pernah menjadi pembaca berita di salah sebuah stesen penyiaran di negara ini.

Tengku Pemaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan melihat buku pada Majlis Perasmian Buku Tengku Permaisuri Selangor ‘My First Year Journey’ di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, Selangor.

Tengku Permaisuri turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Selangor yang memberikan sokongan terhadap penerbitan buku ini.

Untuk makluman naskah yang mengambil masa hampir tiga tahun untuk siap ini ditulis oleh kakak Tengku Permaisuri sendiri iaitu Datin Dr Norely Abdul Rahman.

Sumber: MalaysiaGazette
Foto: Instagram Selangorroyalofficial