Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"This Is My IG. I Nak Iklan Apa Ke Thats Not Your Problem!" - Azza Elite Tutup Ruang Komen Iklan Tentang...

Badrul Hashim 28/08/2020 | 05:39 MYT
Bekas anggota kumpulan Elite, Nor Azzarima Zawari atau lebih mesra dikenali sebagai Azza Elite meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila ramai yang menegur beberapa promosi berbayar yang dibuat di Instagram miliknya.
Kebanyakan teguran tersebut dibuat netizen untuk promosi iklan berbayar berkaitan buah dada dan punggung wanita di Instagram pelakon, pengacara dan usahawan itu.
Sebelum ini, penyanyi Siti Sarah pernah menegur cara peniaga-peniaga yang menggunakan cara yang tidak bermoral untuk melariskan perniagaan mereka. Namun teguran tersebut adalah kepada peniaga dan bukannya kepada rakan-rakan artis.
Baca: "Berniaga Sampai Kena Goncang Buah Dada!" - Siti Sarah Menyampah Tengok Cara Tak Bermoral Peniaga Lariskan Produk
Baca: "Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas" - Siti Sarah Dimaki Hamun Gara-Gara Tegur Peniaga Isu 'Goncang' Buah Dada
Pada satu entri di Instagramnya, Azza menaikkan satu status buat netizen yang selalu meninggalkan komen-komen yang seperti menghakimi dirinya.
"This is my ig. I nak iklan apa ke thats not your problem! Problem orang kita selalu merasa diri ko lebih baik dari orang lain.
"Ko tengok sendiri diri ko. Always talk bad about others. Look at you! Yang merasa alim always bergaduh dengan orang. Always tulis yang buruk pasal orang. Just chill ok," tertulis pada entri tersebut.
Menurut Azza, terlalu ramai yang suka menjadi Ustaz sekarang ini dengan memberi perumpamaan lakonan Azhan Rani sebagai Ustaz yang hanya nampak baik di luar, tetapi berlainan di dalam.
"1st sekali sorry nak ckp ni. Minta maaf sangat gais. Kak Za rasa tak best la org yang judge people ni. Banyak betul perangai ustaz madi skrg. chill chill sudah. ko tak nak tengok scroll laju laju tak pun unpollow sudeghhh.

1st sekali sorry nk ckp ni . minta maaf sgt gais ..kak za rasa x best la org yg judge ppl ni . bnyk betul perangai ustaz madi skrg.. chill chill sudah . ko x nk tgk scroll laju laju tk pun unpollow sudeghhh. let me share with u gais.. there is a time ada org lain ni selalu buat baik thadap org lain tp tetap kena kecam jugek.,ni contoh perumpamaan chill chill aje syg ku ..sorry gais.kekza syg semua.. maaf kan kekza sometime kena bersuara..jgn bimbang gais selagi kekza rasa x melampau bts bg je iklan gapo gapo k.

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzaelite) on

"Let me share with u gais. there is a time ada orang lain ni selalu buat baik terhadap orang lain tapi tetap kena kecam jugek. Ni contoh perumpamaan chill chill aje sayang ku. Sorry gais. Kekza sayang semua. Maafkan Kekza sometime kena bersuara. Jangan bimbang gais selagi kekza rasa tak melampau batas bagi je iklan gapo gapo k," tulisnya pada entri tersebut.
Pada masa yang sama (ketika artikel ini ditulis), Azza turut menutup ruangan komen pada promosi-promosi iklan berbayar yang mempromosikan produk untuk payudara dan punggung tersebut. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengelak daripada menerima komen-komen negatif daripada netizen.
#Iklan #Instagram #Azza Elite
;