“My In-Law Familia…Terima Kasih Terima Diri Ini Seadanya…”- Ex Da’i Farhan Kahwin Lelaki Muda?
Syafiqah Jalal
25/02/2022 04:13 MYT
25/02/2022 04:13 MYT
Selepas panas dengan imej terbaharunya yang dilihat sudah tidak lagi bertudung dan berambut ‘blonde’, bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin dikatakan sudah berkahwin dengan seorang lelaki muda.
Menerusi kenyataan terbaharunya di dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentuanya kerana menerima dia seadanya.
Malah dia memberitahu dia bersama lelaki yang dipercayai suaminya kini sedang menyiapkan rumah baru mereka.
“My in-law familia. Terima kasih mak, kakak-kakak, adik-adik sepupu sepapat yang datang tolong bagi siap rumah kami ni..
“Dan terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Terima kasih atas segala kasih sayang ini...,” tulisnya.
Menerusi entri itu menunjukkan ramai sedang mengemas rumah serta seorang lelaki muda yang didakwa suaminya sedang mengecat rumah.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan ucapan tahniah.
“Alhamdulillah Tahniah,” ucap salah seorang warga maya
“Alhamdulillah..Doa yang baik-baik terus melangkah semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa...,” komen salah seorang pengikutnya
“Puan Erin lebih terbuka dan happy dengan perkahwinan kali ni. Impian setiap wanita bila berkahwin adalah dapat suami yang boleh terima dan faham diri pasangan dia juga keluarga terutama mertua. Semoga berkekalan,” doa salah seorang netizen.
Menerusi entri terdahulu, Dr Erin dilihat berkongsi mesra fotonya bersama seorang lelaki muda dan kacak yang difahamkan seorang model.
Namun sehingga kini dia hanya memberi bayangan bahawa lelaki itu suaminya.