Berita
‘My Teacher My Hero’ – Syamel, Ernie Tulis Lagu ‘Terima Kasih Guruku’
Pasangan duet popular Syamel dan Ernie Zakri telah menulis lirik bagi lagu berjudul ‘Terima Kasih Guruku’ bersama dua lagi bakat baru iaitu Nicole Lai dan Revathy (penyampai radio Astro Ragaa).
Menariknya lagu yang berdurasi 3.45 minit, terbitan Rocketfuel Entertainment ini dinyanyikan dalam empat Bahasa.
Lagu yang sarat dengan rasa nostalgia dan luahan terima kasih itu digubah oleh komposer terkenal, Sharon Paul.
‘Terima Kasih Guruku’ bakal didendangkan di kesemua saluran radio di bawah naungan Astro pada Hari Guru ini iaitu 16 Mei 2019 dan muzik videonya pula dijangka menemui peminat pada hari yang sama di Astro TVIQ (saluran 610), Astro GO dan saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.
Dalam pada itu Astro buat julung kalinya melancarkan kempen ‘My Teacher, My Hero’ mulai 13 Mei hingga 19 Mei 2019 bagi meraikan Hari Guru dengan menyajikan program-program eksklusif di saluran pelbagai bahasa seperti Astro TVIQ (saluran 610), Astro Ceria (saluran 611), Astro Tutor TV (saluran 601, 602, 603), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro Awani (saluran 501) serta platform digital, Astro GO dan On Demand.
Terdapat juga dedikasi ucapan istimewa bersempena Hari Guru oleh penghibur nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Ernie Zakri, Lana Nodin, Andi Bernadee, Fauziah Latiff, Syafiq Farhain dan Afiq Syazwan, yang mana ianya akan disiarkan di Astro TVIQ dan Astro Tutor TV (saluran 601, 602, 603) sepanjang berlangsungnya kempen ‘My Teacher, My Hero’.
Naib Presiden Kandungan GenNext dan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, para guru wajar dihargai sebagai adiwira.
“Para guru wajar dihargai sebagai 'adiwira' kerana bukan sahaja membakar semangat anak-anak kita mencapai cita-cita masing-masing, malahan mereka jugalah yang memainkan peranan penting dalam membentuk minda dan pemikiran pada hari esok.
“Misi utama kempen ‘My Teacher, My Hero’ ini adalah untuk menzahirkan penghargaan kami kepada para guru atas pengorbanan dan usaha mereka, serta sekaligus menyokong tema Hari Guru 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 'Obor Hemah Menyinari Pertiwi',” katanya.
Astro turut menghargai para guru dengan membawakan pelbagai program eksklusif bertemakan ‘guru’ di saluran-saluran pelbagai bahasa seperti Astro TVIQ, Astro Ceria, Astro Tutor TV, Astro Vaanavil, platform digital Astro GO, dan juga di On Demand.
Tambah Putri Yasmin, Astro turut berkolaborasi bersama Rocketfuel Entertainment menghasilkan lagu ‘Terima Kasih Guruku’ bagi menyambut hari yang sangat istimewa ini.
Di antara program-program menarik menanti penonton di sepanjang sambutan ‘Hari Guru’ ini adalah, ‘Adiwiraku’, ‘KRING!’ dan ‘Ragam Sekolah’ yang akan ditayangkan di Astro Ceria, TVIQ dan On Demand.
Selain itu On Demand juga membawakan rangkaian program menarik berbahasa Cina yang bertemakan ‘guru’ seperti dokumentari ‘Good Morning Teacher’, program ‘Huan Hee Sekolah’ (lakonan Vicky Tan dan Auguste Kwan), ‘Big Brother’ (lakonan Donnie Yen dan Joe Chen), dan ‘Little Big Master’ (lakonan Miriam Yeung dan Louis Koo).
Tidak ketinggalan saluran berbahasa Tamil, Astro Vaanavil (saluran 201) juga membawakan program-program hebat seperti siri khas, ‘Kaalathaal Marakappatta’ yang menampilkan Tokoh Guru, Dato’ Seri Selvamani, 16 Mei ini, pukul 8.30 malam. Filem istimewa, ‘Paadam’ (lakonan Karthik dan Yaashika Anand) pula akan mengupas mengenai sistem pendidikan di India dan ia akan disiarkan pada 16 Mei 2019, pukul 9.00 malam.
Dengan adanya himpunan program eksklusif sempena Hari Guru serta ditambah pula dengan kepelbagaian pilihan platform yang ditawarkan, pastinya sambutan Hari Guru bersama Astro pada tahun ini akan lebih bermakna buat para guru mahupun pelajar.
Justeru, jangan lupa, temujanji anda bersama program-program hebat di Astro sepanjang kempen ‘My Teacher, My Hero’, mulai 13 hingga 19 Mei ini. Hanya yang terbaik di Astro!
#MyTeacherMyHero