HOLLYWOOD
“My Wife Is Awesome” – Justin Bieber Dah Kahwin
Penyanyi popular, Justin Bieber mengesahkan status perkahwinannya dengan model Hailey Baldwin.
Justin memberitahu berita baik itu menerusi satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya beru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan Bieber sedang bersiar-siar sambil memegang tangan Baldwin.
“My wife is awesome,” tulisnya ringkas.
Biodatanya di laman sosial yang memiliki lebih 15 juta pengikut itu kini tertulis Hailey Rhode Bieber.
Terdahulu, pasangan ini dilaporkan bertunang pada musim panas baru-baru ini manakala pada September lalu media melaporkan Bieber dan Baldwin sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat.
Foto: Instagram @justinbieber / @haileybieber