Mya Herry Takkan Lupa Momen Manis Sertai D’Academy Asia 6, Tampil Lagu Galau Putus Cinta!
Amri Hassan
21/10/2023 12:14 MYT
21/10/2023 12:14 MYT
Penyanyi Mya Herry menyifatkan pertandingan realiti nyanyian terpopular Indonesia, D’Academy Asia 6 menjadi momen tidak dapat dilupakan dalam karier seninya.
Tersenarai antara 20 peserta terbaik daripada 40 yang bertanding, Mya atau nama sebenarnya Maya Hariyanto optimis dengan kerjaya seninya.
"Pengalaman menjadi salah satu peserta program hiburan terbesar di Indonesia ini merupakan momen yang tidak akan saya lupakan dalam hidup, bayangkan berdepan dengan peserta dari Indonesia, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Singapura, Turki, Thailand dan Malaysia sendiri," ujarnya.
"Bakat saya mula dicungkil sewaktu menyertai pertandingan All Together Now Malaysia musim ke-2, kemudian saya menghadiri uji bakat yang dianjurkan AEG dan terpilih, mereka menghantar saya mengikuti pertandingan Getaran Jiwa di Sarawak sehingga layak ke peringkat separuh akhir, seterusnya dipilih mewakili Malaysia di pertandingan D’Academy Asia 6," katanya.
"Walaupun lagu ini bernada tinggi, saya tetap mahu mencuba untuk menguji kekuatan vokal dan hasilnya sangat memuaskan. Sebagai penyanyi, saya ingin mencuba pelbagai genre dan fahami apa kehendak pendengar.
“Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sudah pasrah dengan hubungan percintaan agar tenang sesudah putus cinta dan berkata TAK APA,” kata Mya.
Single pop balada ini walaupun kedengaran polos tetap mempunyai dinamiknya tersendiri dengan teknik vokal yang ditonjolkan oleh Mya, sesuai dengan dengan jiwa-jiwa yang galau akibat kecundang dalam percintaan.
Tambah Mya; “Jalan cerita dalam lirik video” lagu ini berkisar tentang cinta tiga segi di mana salah seorang dari mereka terpaksa mengundurkan diri walaupun perit untuk melihat pasangannya bahagia dengan insan lain, dan berkonsepkan ‘healing’ serta ‘nature’ yang menjadi simbolik kepada ketenangan."
Lagu TAK APA boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify,YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala “Official Lyric Video” ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.
Tersenarai antara 20 peserta terbaik daripada 40 yang bertanding, Mya atau nama sebenarnya Maya Hariyanto optimis dengan kerjaya seninya.
"Pengalaman menjadi salah satu peserta program hiburan terbesar di Indonesia ini merupakan momen yang tidak akan saya lupakan dalam hidup, bayangkan berdepan dengan peserta dari Indonesia, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Singapura, Turki, Thailand dan Malaysia sendiri," ujarnya.
Gemar menyanyi dari kecil
Jiwa seni Mya bertitik tolak dari kecil lagi, sejak awal dia sudah mula gemar menyanyi dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah, sejurus menamatkan pelajaran di universiti, Mya memulakan perniagaan sendiri dan aktif sebagai model hijab bagi jenama-jenama tempatan."Bakat saya mula dicungkil sewaktu menyertai pertandingan All Together Now Malaysia musim ke-2, kemudian saya menghadiri uji bakat yang dianjurkan AEG dan terpilih, mereka menghantar saya mengikuti pertandingan Getaran Jiwa di Sarawak sehingga layak ke peringkat separuh akhir, seterusnya dipilih mewakili Malaysia di pertandingan D’Academy Asia 6," katanya.
Lagu reda putus cinta
Bercerita mengenai single terbaharunya, Mya menjelaskan ianya berlainan dengan apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini dan agak mencabar baginya kerana menyanyikan dalam nada yang tinggi."Walaupun lagu ini bernada tinggi, saya tetap mahu mencuba untuk menguji kekuatan vokal dan hasilnya sangat memuaskan. Sebagai penyanyi, saya ingin mencuba pelbagai genre dan fahami apa kehendak pendengar.