Viral

#MyHero: "Angkut Barang Menimbun Seorang Diri Sampai Terlampau Penat" - Abang Posmen Parah Kemalangan Ketika Bertugas!

gempak
Amri Hassan
14/04/2020
07:07 MYT
Sponsor Banner
#MyHero: "Angkut Barang Menimbun Seorang Diri Sampai Terlampau Penat" - Abang Posmen Parah Kemalangan Ketika Bertugas!
Malang menimpa nasib seorang posmen apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang melakukan tugas menghantar barang di Shah Alam baru-baru ini.
Dikenali sebagai Faizal Akmal Mohd Radzi, bapa kepada tiga cahaya mata itu parah dan masih menerima rawatan di Hospital Klang.
"Mohon semua doakan abang posmen yang banyak bantu kita pick up barang dan memastikan barang kita selamat sampai lebih2 lagi musim PKP.
"Abg Posmen nilah hero yang banyak bantu dalam urusan postage semua pelanggan saya.
"Dukacita dimaklumkan, beliau telah kemalangan semasa menjalankan tugas pada Jumaat lepas di area U8 Shah Alam.
"Faizal kemalangan semasa menjalankan tugas mungkin kerana terlalu penat dan barang terlalu banyak sepanjang musim PKP ni.
"Faizal mempunyai seorang isteri dan tiga anak kecil berusia 8, 7 dan bayi 9 bulan," tulis pengguna Facebook dikenali sebagai PS Cahaya.
Berkongsi perkembangan terkini Faizal, katanya keputusan ujian Covid-19 telah diterima namun prosedur pembedahan masih tidak dapat dilaksanakan kerana belum sedarkan diri.
"Dah confirm negatif Covid-19. Tapi masih tak dapat buat sebarang prosedur sebab masih tak sedarkan diri selepas dihentikan bantuan oksigen," tambahnya.
Tambahnya, bebanan kerja petugas frontliner misalnya posmen berganda sejak PKP dilaksanakan.
"Memang tak tipu barang ketika PKP tersangatlah banyak.
"Bila PKP ni mereka pun kerja kena macam bank, pukul 3 petang kena habis kumpul barang dan kena hantar parcel ke hub.
"Bayangkanlah kerja yang 8 jam tapi jadi 4-5 jam. Lepas tu barang pula terlalu banyak sebab orang tak boleh keluar dan membeli online.
"Abang Faizal ni memang keletihan kebelakangan ni dan juga ada berkongsi cerita barang luar biasa banyak sejak PKP.
"Pelanggan pula setiap saat tanya penjual mana barang mana tracking. Kenapa barang sangkut lama kat hub," ceritanya tentang prosedur semasa perkhidmatan penghantaran barang.
Situasi sama dikongsikan oleh adik ipar Faizal, Nor Ain Meirose yang mengakui lambakan kerja menyebabkan lelaki itu kemalangan.
"Nak dijadikan cerita dia kena cover kerja ni semua seorang diri.
"Bayangkan dia angkut barang-barang berlambak ni seorang diri, dapat bayangkan dia punya penat tu macam mana.
"Mungkin disebabkan terlampau penat dia boleh terbabas macam ni, sekarang dia masih lagi tak sedar dalam ICU bertarung nyawa.
"Kami dekat sini semua risau tapi tak boleh nak buat apa melainkan doa sahaja," kata Nor Ain.
Sehubungan itu, PS Cahaya juga telah bertemu dengan isteri Faizal untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan memandangkan akaun bank peribadinya telah disekat kerana terlalu banyak transaksi.
"Terima kasih pada rakyat Malaysia yang prihatin tak henti tanya keadaan dan macam mana nak beri sumbangan.
"Juga sempat share rezki bahan keperluan asas dengan keluarganya supaya dimudahkan urusan sepanjang PKP dan berulang alik ke hospital," tambahnya.
Anda memang hero! Kami di Gempak doakan semoga Faizal segera pulih.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: FB PS Cahaya, Nor Ain Meirose
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live