Seorang remaja lelaki mencuri perhatian wargamaya apabila tindakannya menjaga seekor anjing buta tular di laman sosial.

Menerusi laman sosial Twitter, abang remaja tersebut menerusi akaun @syahmibaek berkongsi foto adiknya menjaga haiwan peliharaan milik jirannya selepas mereka lari meninggalkan rumah sewa tersebut.

“Sangat bangga dengan adik saya sendiri. Jiran sebelah lari tinggalkan rumah sewa dan biarkan anjing diorang macam tu je.“Paling sedih anjing tu buta, kalau terlepas dari pagar rumah mesti jatuh masuk longkang. Setiap hari tunggu tuan dia balik. Nasib ada adik jagakan.

“Setiap hari duduk kat depan rumah tuan dia mengharap tuan dia balik. Itulah tempat dia tiap-tiap hari duduk baring macam tu dari siang sampai la malam dan sekarang adik pulak dah jadi tempat dia nak bermanja. Tapi sayangnya tak boleh nak bela, harap ada yang sudi jaga,” luah Syahmi menerusi satu kicauan.

Syahmi turut berkongsi sebuah video menunjukkan anjing tersebut setia menunggu tuannya pulang di hadapan pintu.



Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan Syahmi dan adiknya yang menjaga anjing buta tersebut dengan penuh kasih sayang.

Malah, mereka juga sebak melihat nasib yang menimpa anjing tersebut dan ada yang mahu menghulurkan bantuan kewangan untuk Syahmi dan adiknya membeli makanan haiwan.

“Ya Allah sedihnya tunggu tuan dia balik. Mulianya hati adik, moga Allah balas dengan kebaikan jugak. Amin,” tulis seorang wargamaya.

“Good boy sangat anjing tu. Semoga ada pembela nanti. Terima kasih guys, respek kat korang,” puji seorang wargamaya.

“Harap mata anjing tu boleh baik. Kesian. Nasib adik awak bagi makan kalau tak mesti anjing tu lapar,” kata seorang wargamaya.



“Dulu atuk ada bela anjing jugak. Jenggo nama dia. Sumpah setia. Ke mana atuk aku pergi dia akan ikut. Dia punya tahap setia tu sampai tahu batas dia. Atuk aku dulu dia imam kalau ke surau dia akan ikut tapi dia tahu nak tunggu dekat mana,” luah seorang wargamaya.

“Semoga Tuhan merahmati adik awak. Kalau perlukan bantuan kewangan untuk beli makanan anjing tu, jangan segan untuk mesej saya atau mana-mana warga Twitter,” balas seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan foto dan video Syahmi itu telah mendapat hampir 12,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Apapun kepada Syahmi, anda memang hero!

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.