Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MyHero : "Dah La Hujan, Lagi Sejam Nak Berbuka" - Tali Beg Rider Putus, Tapi Mujurlah Ada Yang...

Hanafis Haris
02/05/2020 12:12 MYT
Ketika menjalani bulan puasa dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, golongan yang paling sibuk pastinya penghantar makanan.

Namun, dalam kita enak menikmati juadah jangan dilupakan kesukaran dan kepayahan dialami penghantar makanan ini.

Antara yang kita boleh ambil pengajaran adalah kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amiera Idayu ini.

Menurut Amiera, dia yang ketika itu sedang mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian terkejut apabila adiknya meminta jarum dan benang.

"Aku pun mcm pelik lah kenapa dia cari benda tu.

"Rupa-rupanya runner Food Panda yang hantar murtabak adik aku tu, tali beg dia putus. Dah lah dengan hujannya lagi, lepastu dalam sejam lebih je nak berbuka," katanya.

Menurut Amiera, ibunya kemudian menghulurkan bantuan untuk menjahitkan tali beg runner tersebut.

"Mak cepat-cepat tolong jahitkan tali beg runner tu sebab bila tengok dalam beg tu ada lagi makanan yang dia belum hantar.

"Nasiblah mak boleh perasan tali beg dia tu putus ngam-ngam depan mata. Kalau tak macam mana agaknya dia nak sandang beg tu dgn tinggal sebelah je talinya.

"So, tolonglah lepas ni yang mana gunakan perkhidmatan runner apa-apa company mahupun persendirian. Janganlah berkira sngt nak bayar duit COD tu. Kesian kat dorang yg berpanas berhujan ni. Anggaplah kalau bagi lebih tu macam sedekah untuk dorang," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apapun kepada ibu Amiera anda memang hero!

Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19 ini.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.

#Viral #Viral #Food Panda #MyHero