Berita
#MyHero: Isu Dakwaan Posmen Tak Dapat Bonus, Cikgu Ini Cadang Setiap Rumah Hulur…
Beberapa hari lalu, tular satu dakwaan dan kisah pekerja penghantar barang tidak akan menerima bayaran bonus Syawal ini.
Kisah itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang turut simpati dengan nasib mereka apatah lagi kerja menghantar barang semakin banyak apabila lambakan barang yang perlu dihantar bertambah terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
BACA: #MyHero: “Meleleh Air Mata Jantan”- Penghantar Barang Sedih, Dakwa Tidak Diberikan Bonus Hari Raya Tetapi Kerja Bertambah
Kisah itu bagaimanapun telah membuahkan idea seorang guru yang dikenali sebagai Syikin Zahir dalam akaun Facebooknya dan mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu golongan penghantar barangan.
Bagi menghargai dan membantu meringankan beban mereka, guru itu memberi cadangan supaya setiap rumah yang menerima barangan daripada posmen atau runner itu menyumbangkan sedikit wang sekurang-kurangnya RM2 sebagai ‘duit raya’.
Menurutnya, jika setiap posmen dapat menghantar ke 30 buah rumah sekurang-kurangnya dia menerima RM60 sebagai duit bonus mereka.
“Dengan viral isu posmen tak dapat bonus, sedangkan mereka kerja keras nak hantar barang-barang kita, apa kata kita hulur 'duit raya' barang seringgit dua [bagi lebih pasti lebih berpahala] untuk abang-abang posmen bila mereka hantar barang ke rumah kita.
“Mereka gembira, kita juga pasti bahagia dengan pahala sedekah berkali ganda di bulan puasa ini.
“Manalah kita mampu nak paksa Pos Malaysia bayar bonus. Maka Jom kita fokus kepada apa yang mampu kita buat saja.
“Dengan masa berapa hari saja lagi Syawal bakal menjelma, sedekah kecil kita pasti buat mereka bahagia. Banyak atau sedikit, kita pejam mata. Itu semua rezeki buat mereka.
“Jom masuk duit raya dalam sampul untuk posmen siap-siap. Oh.. Bukan hanya untuk Posmen Pos Malaysia saja, kita beri saja pada mana-mana pekerja kurier yang hantar barang pada kita. Tak kira company apa, beri saja.
“Contoh: 1 rumah bagi RM2, sehari kalau 30 rumah bolehla dapat RM60. Tak banyak macam bonus tapi ada lebih sikit boleh buat belanja nak raya.
“Insya-Allah mereka juga pasti gembira dan bersemangat untuk hantar barang-barang kita sebelum raya menjelma.
“Kalau rasa idea ini bernas, mohon klik share biar semua yang menunggu kedatangan posmen bersedia dengan duit raya untuk posmen. Budak-budak tak datang beraya kan tahun ni,” katanya.
Entri tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai dengan menerima 1,300 likes, 149 komen serta hampir 700 perkongsian setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata menunjukkan tanda sokongan kepada cadangan guru itu.
Apa yang pasti, sikap prihatin guru itu terhadap posmn yang banyak berkorban dalam melaksanakan tugas mereka sesuatu yang wajar dipuji.
Anda adalah hero!
Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video