Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MyHero: "Kami Buat OT, Barang Banyak Sangat Tak Boleh Nak Tangguh" - Hantar Barang Waktu Buka Puasa, Posmen Ini Diajak...

ZULHILMI JALIL
13/05/2020 06:40 MYT
Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, antara perkhidmatan pos dan kurier sememangnya antara yang banyak digunakan orang ramai.

Mana tidaknya, banyak pembelian kini dilakukan secara dalam talian sahaja sebagai salah satu perubahan yang dapat dirasai dalam normal baharu akibat penularan wabak Covid-19.

Maka, tidak hairanlah, apabila jumlah parcel yang diterima syarikat penyedia perkhidmatan mencecah sehingga ratusan ribu setiap hari.

BACA: "Harap Anda Bersabar" - Pos Malaysia Terima Purata 600,000 Parcel Setiap Hari Ketika Tempoh PKP?

Situasi itu sekali gus membuatkan mereka yag terlibat dalam sektor tersebut bekerja siang dan malam tanpa mengira waktu demi memastikan barang-barang milik anda semua sampai mengikut pada masanya.

Namun, satu perkongsian yang dibuat seorang pemilik akaun Facebook Amr Razzaq mengenai kegigihan posmen yang menghantar kiriman pada waktu berbuka puasa menyentuh hati ramai pihak.

"Tengah berbuka, tiba-tiba..ping! ping! Bunyi hon dari luar rumah. Keluar tengok dua orang budak ni.

"Eh, dah berbuka dah ni, kenapa awak masih hantar barang"

"Kami buat OT (kerja lebih masa), Barang banyak sangat..tak boleh nak tangguh dah..nanti overload..makin sakit kepala

"Allah...jemput masuk dulu berbuka", ceritanya yang turut berkongsi sekeping foto memaparkan dua orang posmen menikmati juadah berbuka puasa di rumahnya.



Posting tersebut kemudian dikongsikan lebih 1,400 kali dan menerima hampir 2,000 komen.

Dalam pada itu, katanya, dia menyeru orang ramai untuk mempunyai sifat timbang rasa terhadap frontliners yang gigih bekerja tanpa mengira waktu.

"Tuan-tuan, mereka juga manusia. Setakat parcel lambat sikit tu, panggilan tak angkat tu, selesai tepi sahajalah ya. Tak kisah Pos Laju ke..J&T ke..," katanya.



Rata-rata memuji tindakannya yang prihatin dengan frontliners.

Bayangkan, punya komited sekali barisan petugas hadapan dalam melaksanakan tugas mereka demi kita semua.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Foto: Facebook Amr Razzaq

#Posmen #Frontliners #MYHero
;