Perkhidmatan hospital kerajaan tidak perlu disangkal lagi apabila anda boleh mendapatkan pelbagai rawatan yang diperlukan.
Menerima pengiktirafan antarabangsa dalam kategori perkhidmatan kesihatan yang terbaik di dunia, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian hebat ini.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @InjangNation berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan.
“Minggu lepas aku ulang alik Hospital Selayang urus seorang ahli keluarga kena masuk wad seminggu. Masa sampai kecemasan, masuk zon merah, hari yang sama terus warded, dijaga seminggu sampai sembuh, sekarang dah discaj. Layanan A++ daripada semua staff. Kos? Tak sampai RM5,” tulisnya menerusi satu kicauan.
Bukan sahaja barisan doktor pakar, pembantu kesihatan dan jururawat yang terlatih, teknologi dan infrastruktur yang terdapat di hospital di Malaysia juga antara yang paling canggih.
Berdasarkan kicauan ini, ramai wargamaya yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing ketika menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan.
“Bukan nak cakap, tapi hospital kerajaan memang bagus. Mak saya kanser rahim tahap 4 pergi hospital swasta semua reject dan recommend pergi kerajaan terus. Sebab diorang tahu kerajaan lagi banyak pakar untuk kanser ni. Masuk wad terus, kemo 3 kitaran lepas tu terus bedah buang, tak perlu tunggu,” cerita seorang wargamaya.
“Adik aku baru discaj semalam dari Hospital Tengku Mizan, 4 hari 3 malam RM28 je kena. Dari Hospital Kuala Lumpur naik ambulans ke Hospital Tengku Mizan sebab HKL fokus pesakit Covid. Tak ada tunggu lama pun, semua alhamdulillah lancar padahal adik aku radang appendiks tahap baru je,” luah seorang wargamaya.
“Ayah saya pun kena strok. Masuk zon merah kecemasan. Esoknya terus tahan wad. Alhamdulillah rawatan semua okay. Ayah tunjuk perkembangan baik dan makin sihat. Tapi kalau ajal dah sampai tetap tak boleh elak walaupun dah makin baik kan. Ayah meninggal lepas 14 hari warded. Bil hospital kerajaan percuma,” tulis seorang wargamaya.
“Pergi hospital kerajaan, tengok kos rawatan warganegara dengan bukan warganegara terus rasa bersyukur tinggal dekat Malaysia ni,” komen seorang wargamaya.
“Aku ni pernah kena radang jantung, dalam banyak-banyak hospital swasta, Hospital Serdang jugak terbaik, kalau kau tengah kritikal, dia takde beratur apa-apa. Terus bedah apa yang perlu. Tak jatuh pun air muka masuk hospital kerajaan, servis lagi terbaik dari swasta,” tegur seorang wargamaya lagi.
Namun jika anda memilih hospital swasta, jangan sesekali pandang rendah pada kakitangan dan mereka yang memilih hospital kerajaan.
Terima kasih kepada semua warga Malaysia atas perkongsian pengalaman anda.
Kepada semua kakitangan hospital kerajaan, anda memang hero!
Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan anda terutamanya frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Azwa Rahman
Tue May 05 2020
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.